Utusan Borneo (Sarawak)

Duterte perketat larangan merokok di khalayak ramai

-

MANILA: Presiden Filipina Rodrigo Duterte pada bulan ini akan melarang orang merokok di khalayak ramai, kata jabatan kesihatan semalam, untuk mengetatka­n beberapa peraturan tembakau paling ketat di Asia.

Pemimpin lantang itu telah melancarka­n kempen undangunda­ng dan ketenteram­an yang kejam sejak Julai lalu sehingga mengorbank­an lebih 3,000 orang manakala, sebagai datuk bandar sejak sekian lama di bandar selatan Davao, beliau mengenakan perintah berkurung ke atas golongan bawah umur dan melarang penjualan arak secara terbuka pada waktu malam selain lelaki yang tidak memakai baju.

Undang-undang yang bakal diperkenal adalah tambahan kepada peraturan sedia ada melarang iklan tembakau dan mengawal kegiatan merokok di tempat awam tertutup, selain akta yang mewajibkan imej grafik mengenai bahaya merokok kepada kesihatan dicetak pada kotak rokok.

“Tabiat merokok menunjukka­n penguranga­n yang signifikan tetapi perlahan,” kata Timbalan Setiausaha Kesihatan Eric Tayag.

“Kami mahu menyediaka­n semua alat yang diperlukan untuk memperluas­kan kempen ini,” tambahnya.

Tayag berkata kempen baharu itu didorong Duterte yang, pada 2002, melarang orang merokok di semua tempat awam di Davao.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata 20.6 peratus daripada populasi Filipina merokok pada 2013, 10 tahun selepas akta kawalan tembakau diluluskan.

Negara yang mempunyai 101 juta penduduk itu juga masih antara 15 negara yang membawa beban berat penyakit berkaitan tembakau, kata WHO.

Undang-undang sedia ada melarang orang merokok di tempat awam tertutup termasuk bangunan kerajaan, hospital dan sekolah selain pengangkut­an awam.

Tayag berkata, perintah eksekutif yang dicadangka­n itu akan membenarka­n kerajaan perbandara­n dan bandar raya mengenakan hukuman meliputi penjara, denda, khidmat masyarakat atau kombinasi ketigatiga­nya. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia