Utusan Borneo (Sarawak)

Arab Saudi pintas misil Huthi Yaman

-

RIYADH: Pemberonta­k di Yaman melepaskan satu misil ke pangkalan udara utama Arab Saudi yang digunakan oleh perikatan Arab dalam kempen serangan bomnya tetapi ia berjaya dipintas, kata pihak perikatan semalam.

Ia merupakan pelancaran misil kedua seumpamany­a sejak satu serangan udara perikatan membunuh lebih 140 orang yang menghadiri acara peringatan bagi bapa seorang ketua pemberonta­k di ibu negara Yaman, Sanaa, pada Sabtu lepas yang mencetuska­n ugutan untuk membalas dendam.

Tentera pertahanan udara “memintas satu misil balistik, yang dilancarka­n oleh militia Huthi ke arah bandar Khamis Mushait dan memusnahka­nnya tanpa sebarang kerosakan”, satu kenyataan perikatan menyebut.

Khamis Mushait menempatka­n sebuah pangkalan udara yang menjadi barisan hadapan bagi kempen serangan bom perikatan ke atas pemberonta­k Syiah Huthi dan sekutu mereka.

Ia terletak kira-kira 100 kilometer dari sempadan Yaman.

Pesawat perang Arab Saudi menyasari tapak pelancaran selepas misil dilepaskan, kata pihak perikatan.

Serangan yang cuba dilakukan oleh pemberonta­k merupakan sekurangku­rangnya kali kelima mereka cuba menyerang Khamis Mushait sejak perikatan memulakan kempen serangan bom untuk membantu kerajaan Yaman pada Mac tahun lepas.

Pa d a Ah a d le p a s pemberonta­k melancarka­n satu misil ke atas sebuah lagi pangkalan udara Arab Saudi, di kota Taif, 500 kilometer dari sempadan Yaman, tetapi ia turut gagal setelah berjaya ditembak jatuh. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia