Utusan Borneo (Sarawak)

Rasuah, bekas pegawai dipenjara seumur hidup

-

BEIJING: Sebuah mahkamah telah menjatuhka­n hukuman penjara seumur hidup ke atas bekas pegawai tertinggi di sebuah bandar besar di China setelah dia disabit kesalahan atas tuduhan rasuah, kata media kerajaan semalam, orang terbaharu yang ditangkap dalam kempen menyeluruh kerajaan ke atas rasuah.

Shen Weichen pernah menjadi ketua Parti Komunis di Taiyuan, ibu kota wilayah utara Shanxi. Dia diletakkan di bawah siasatan pada 2014.

Shanxi yang kaya dengan arang batu merupakan salah satu pusat bagi kempen antirasuah oleh Presiden Xi Jinping.

Mahkamah di wilayah timur Jiangsu mendapati Shen bersalah menerima sogokan bernilai hampir 100 juta yuan (RM61.5 juta), kata akhbar rasmi China Daily.

Shen menyalah guna kuasa untuk mendapatka­n manfaat bagi orang lain, termasuk dalam urusan perniagaan dan kenaikan pangkat”, kata akhbar tersebut yang memetik penghakima­n.

Shen menerima hukuman penjara seumur hidup dan bukan hukuman mati kerana dia mengakui jenayahnya dan menyuaraka­n kekesalan, laporan itu menyebut.

Ahli keluarga atau peguam Shen tidak dapat dihubungi bagi komen.

Ketua parti wilayah Shanxi berkata pada Jun lalu bahawa beberapa bahagian di wilayah itu tepu rasuah tetapi keadaan kini semakin bagus.

Shanxi, sebagai salah sebuah wilayah utama yang mengeluark­an arang batu di China, telah menyaksika­n kepesatan ekonomi hasil daripada permintaan tenaga yang melambung sejak sedekad lalu, salah satu sebab yang diberikan oleh media kerajaan bagi masalah rasuah di sana. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia