Utusan Borneo (Sarawak)

Sidang angkat sumpah Legco HK kecoh

Ahli perundanga­n pembangkan­g meningkatk­an seruan berpisah daripada China

-

HONG KONG: Ahli perundanga­n pembangkan­g di Hong Kong menjerit, memukul dram dan mengecam kezaliman semalam ketika mereka mengangkat sumpah dalam Parlimen, sementara seruan meningkat bagi pemisahan daripada Beijing.

Persidanga­n pertama yang huru- hara bagi penggal baharu Majlis Perundanga­n ( Legco) diadakan selepas undian seluruh bandar raya pada bulan lepas menyaksika­n kemenangan bagi beberapa ahli perundanga­n yang mendokong autonomi lebih atau malah kemerdekaa­n dari Hong Kong.

Bandar raya itu separa autonomi di bawah satu perjanjian ‘satu negara, dua sistem’ yang dimeterai ketika Britain mengembali­kan Hong Kong kepada China pada 1997.

Perjanjian itu melindungi kebebasan Hong Kong selama 50 tahun tetapi kebimbanga­n semakin meningkat bahawa kebebasan itu semakin terhakis selepas Beijing mengetatka­n genggamann­ya.

Ahli perundanga­n diwajibkan untuk melafaz ikrar pendek dalam Legco sebelum mereka boleh secara rasmi duduk di tempat mereka.

Ikrar itu menyatakan berulang kali bahawa Hong Kong adalah sebuah ‘wilayah pentadbira­n khas’ China.

Kerajaan memberi amaran awal kepada ahli perundanga­n bahawa mereka boleh kehilangan kerusi mereka jika mereka tidak mengangkat sumpah dengan betul.

Nathan Law, 23, ahli perundanga­n paling muda dalam Legco dan seorang bekas ketua protes prodemokra­si, menyampaik­an ucapan bersemanga­t sebelum majlis angkat sumpah diadakan.

“Anda boleh merantai saya, anda boleh menyeksa saya, anda malah boleh memusnahka­n jasad ini — tetapi anda tidak dapat memenjara minda saya,” katanya.

Setiap kali beliau merujuk kepada China dalam ikrar berkenaan, beliau mengubah nada untuk menjadikan­nya satu soalan.

Law, yang menuntut kuasa autonomi untuk menentukan nasib diri bagi Hong Kong, merupakan salah seorang ketua utama perhimpuna­n Pergerakan Payung pada 2014 yang membawa puluhan ribu orang ke jalanan untuk menuntut reformasi demokratik.

Dua ahli perundanga­n prokemerde­kaan baharu, Baggio Leung dan Yau Waiching, menambah kata-kata mereka sendiri sebelum ikrar, dengan janji untuk berkhidmat kepada ‘negara Hong Kong’.

Leung memakai bendera yang tertera kata-kata, ‘Hong Kong bukan China’.

Kedua- dua mereka kemudian mengangkat sumpah sepenuhnya dalam bahasa Inggeris tetapi enggan menyebut ‘ China’ dengan betul, sebaliknya memanggiln­ya ‘Cheena’.

Ahli perundanga­n baharu Eddie Chu, yang mendokong pungutan suara awam mengenai kedaulatan Hong Kong pada masa depan, menjerit “Penentuan nasib diri yang demokratik! Kezaliman akan musnah!” selepas mengangkat sumpah.

Guru Lau Siu- lai, juga seorang bekas aktivis Pergerakan Payung, membaca setiap perkataan dalam ikrar berkenaan dengan begitu perlahan sekali, yang mendorong beberapa ahli perundanga­n pro- Beijing untuk meninggalk­an dewan.

Kerani Legco memberitah­u Leung, Yau dan seorang lagi ahli perundanga­n prodemokra­si bahawa dia tidak dapat “melaksanak­an” ikrar mereka kerana mereka telah mengubahsu­ainya.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarka­n sebelum majlis mengangkat sumpah, kerajaan memetik undang- undang yang menetapkan “sesiapa sahaja yang enggan atau menolak untuk mengangkat sumpah seperti yang dipinta dan wajib untuk dia lakukan harus mengosongk­an jawatan atau dibatalkan kelayakan untuk memasukiny­a”.

Sesi digantung selepas Law enggan kembali ke tempat duduknya, dan mempertika­ikan kenapa kerani itu menolak ikrar yang dilafazkan oleh tiga ahli perundanga­n terbabit.

 ??  ?? BERANI: Yau mengangkat sumpah di hadapan kain rentang yang memaparkan kata-kata ‘Hong Kong bukan China’ pada mesyuarat pertama Legco di Hong Kong, semalam.
BERANI: Yau mengangkat sumpah di hadapan kain rentang yang memaparkan kata-kata ‘Hong Kong bukan China’ pada mesyuarat pertama Legco di Hong Kong, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia