Utusan Borneo (Sarawak)

Pertempura­n berdarah merebak di Rakhine, 12 maut

-

YANGON: Seramai 12 orang maut di negeri Rakhine, utara Myanmar, dalam pertelingk­ahan di antara lelaki bersenjata dengan anggota tentera, media kerajaan melaporkan semalam, dan keganasan yang meningkat dengan mendadak di wilayah yang bergolak itu.

Empat askar dan seorang penyerang terbunuh kelmarin apabila ratusan lelaki yang membawa pistol dan pedang menyerang anggota tentera di Pyaungpit, bandar Maungdaw, sebuah kawasan yang diduduki khususnya orang Muslim Rohingya.

Anggota tentera turut memberi bilangan tujuh kematian selepas pertelingk­ahan di perkampung­an berdekatan Taung Paing Nyar, untuk mengemaski­nikan jumlah terdahulu

“Selepas insiden itu, anggota tentera menjumpai tujuh mayat,” akhbar Global New Light of Myanmar yang dikendalik­an oleh kerajaan melaporkan.

“Pedang dan kayu dijumpai bersama mayat- mayat tersebut.”

Anggota tentera telah meronda di wilayah berkenaan, tidak jauh dari sempadan dengan Bangladesh, selepas sembilan anggota polis terkorban Ahad lepas dalam serangan bersepadu ke atas tiga pos sempadan.

Pergolakan itu telah menimbulka­n kebimbanga­n bahawa insiden pada 2012 akan berlaku lagi, apabila keganasan kaum melanda Rakhine, membunuh lebih 100 orang dan mengusir puluhan ribu orang Rohingya ke kem-kem pelarian.

Orang Rohingya yang tinggal di dalam dan di luar kem- kem kotor berdepan dengan sekatan yang teruk ke atas pergerakan dan akses mereka kepada perkhidmat­an asas, dan kumpulan hak asasi manusia menganggap mereka sebagai salah satu kaum yang paling tertindas di dunia.

Nasionalis Buddha cuba melabel kumpulan itu sebagai pendatang tanpa izin dari Bangladesh, walaupun ramai mengesan asal-usul mereka di Myanmar bergeneras­i lamanya.

Seramai enam suspek di sebalik serangan di sempadan – termasuk empat yang ditangkap kelmarin – ditahan oleh pihak berkuasa, menurut media kerajaan.

Pihak berkuasa mengeluark­an sedikit sahaja maklumat mengenai penyerang atau motif mereka, dan ada yang menyalahka­n orang Rohingya, manakala ada juga yang menuding jari kepada kumpulan Bangladesh.

Pertelingk­ahan itu menandakan peningkata­n keganasan yang dramatik di wilayah berkenaan, yang sudah tegang sejak rusuhan pada 2012 yang menyebabka­n negeri itu dibahagi oleh garisan keagamaan.

Penasihat khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Myanmar, Vijay Nambiar menggesa anggota tentera dan penduduk untuk mengawal diri pada waktu yang beliau sebut sebagai satu persimpang­an yang rumit untuk negeri itu.

Beliau juga menyeru kepada orang awam untuk tidak termakan hasutan untuk melakukan sebarang tindak balas dengan menyasari kumpulan agama atau komuniti lain.

Khabar angin mengenai pembunuhan dan penangkapa­n beramairam­ai di sekitar Maungdaw sudah tersebar seperti api liar dalam media sosial, dan memburukka­n lagi ketakutan, tetapi maklumat ternyata sukar untuk disahkan di kawasan yang terpencil dan dikawal ketat itu.

Penduduk tempatan memberitah­u, mereka terlalu takut untuk keluar dari rumah ketika anggota tentera meronda di jalanan. Aktivis memberi amaran bahawa usaha mencari penyerang sedang digunakan sebagai alasan untuk mengambil tindakan ke atas orang Rohingya.

Pemimpin hakiki Myanmar, Aung San Suu Kyi telah menerima tekanan antarabang­sa yang kuat untuk mencapai penyelesai­an bagi kaum Rohingya, selepas nasib mereka meninggalk­an kesan hitam ke atas pencapaian negara itu yang memberangs­angkan dalam demokrasi.

Beliau baru- baru ini melantik sebuah suruhanjay­a, diketuai bekas ketua PBB Kofi Annan, untuk mencari jalan memulihkan luka di negeri mundur itu.

 ?? — Gambar AFP ?? DITANGKAP: Gambar fail 9 Oktober lalu menunjukka­n salah seorang suspek (tengah) serangan sempadan dibawa ke balai polis di Sittwe.
— Gambar AFP DITANGKAP: Gambar fail 9 Oktober lalu menunjukka­n salah seorang suspek (tengah) serangan sempadan dibawa ke balai polis di Sittwe.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia