Utusan Borneo (Sarawak)

Kedai bunga api terbakar, seorang maut di Filipina

-

BOCAUE: Kebakaran yang memusnahka­n beberapa kedai bunga api di Filipina semalam menyebabka­n seorang wanita maut, seorang lagi hilang dan 24 cedera.

Kebakaran itu mencetuska­n siri letupan, menterbali­kkan sebuah trak dan meremukkan tiga kenderaan lain di sebatang jalan utama di Bocaue, bandar 30 kilometer utara Manila.

“Saya terpelanti­ng ke belakang kedai akibat impak letupan,” kata Mel Berbosa de Castro, 50, dengan bibir berdarah dan sakit belakang sakit akibat letupan itu, di kedainya di seberang jalan.

“Saya melihat seorang lelaki tua berlumuran darah berlari mencari cucunya. Mangsa lain sekadar berlari untuk menyelamat­kan nyawa.”

Pemandu Ricky Salvador, 47, menghantar seorang mangsa dengan wajah berlumuran darah ke hospital.

“Umpama zon perang, kepingan kaca, paku berterbang­an di udara. Mercun berterbang­an di serata tempat,” katanya.

Marsyal bomba di bandar itu, Inspektor Kanan Renan Batchine menganggar­kan satu kematian, seorang hilang dan 24 orang cedera.

Satu- satunya kematian yang disahkan adalah seorang wanita yang tidak dikenali, katanya.

Mei tahun lepas 72 orang terkorban selepas kebakaran besar memusnahka­n sebuah kilang kasut di bandar pinggiran utara Manila.

Dalam salah satu kebakaran paling berdarah di negara itu, 162 orang maut dan 94 lagi cedera di sebuah disko Manila pada 1996.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia