Utusan Borneo (Sarawak)

Peguam bela penyerang Paris menarik diri

-

PARIS: Peguam bela satu- satunya suspek yang diketahui masih hidup dari sekumpulan anggota militan Islamis yang membunuh 130 orang di Paris pada tahun lepas semalam menarik diri daripada tugasan itu, dan menyatakan keengganan­nya yang berterusan untuk memberikan keterangan adalah kerana keadaan tahanannya.

Salah Abdeslam, yang ditahan dalam kurungan bersendiri­an dekat Paris sejak dia ditangkap awal tahun ini, tidak mahu bercakap dan tidak mahu lagi diwakili peguam, kata peguam- peguamnya Frank Berton dan Sven Mary dalam BFM Television.

“Kami yakin, dan dia memberitah­u kami, bahawa dia tidak akan bercakap dan akan menggunaka­n haknya untuk terus berdiam diri. Apa boleh kami buat. Saya sudah menyatakan­nya dari mula lagi, jika anak guam saya terus berdiam diri, saya menggugurk­an pembelaann­ya,” kata Berton.

Berton berkata Abdeslam enggan bercakap disebabkan oleh pemantauan kamera 24 jam di dalam penjara kawalan ketatnya, keadaan yang berulang kali cuba tetapi gagal untuk diubah oleh peguamnya.

“Kami telah melihat dia semakin menyendiri. Dipantau sepanjang masa, dengan infra- merah pada waktu malam, ia membuat orang gila, dan itulah akibatnya daripada satu keputusan politik ( untuk meletakkan Abdeslam di bawah pemantauan yang berterusan),” katanya.

Peguam Abdeslam dari Belgium, Sven Mary berkata kurungan bersendiri­an menyebabka­n Abdeslam membungkam.

“Mangsa sebenar dalam kes ini adalah mangsa serangan di Paris. Mereka berhak tahu,” katanya.

Pihak berkuasa Perancis mengesyaki Abdeslam, yang lari dari lokasi kejadian tetapi ditangkap kemudian, berperanan mengatur beberapa serangan bom nekad dan mesingan ke atas venue muzik dan bar di Paris dan di sebuah stadium bola sepak di pinggir bandar raya.

Abdeslam telah dibawa keluar dari Perancis dan balik ke Belgium, negara kediamanny­a, dengan kereta dalam tempoh beberapa jam selepas serangan tersebut. Dia ditangkap di Belgium dan dihantar ke Perancis pada awal tahun ini.

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? TARIK DIRI: Berton dikerumuni wartawan di luar mahkamah di Paris dalam gambar fail 20 Mei lalu.
— Gambar Reuters TARIK DIRI: Berton dikerumuni wartawan di luar mahkamah di Paris dalam gambar fail 20 Mei lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia