Utusan Borneo (Sarawak)

Hari Asyura, Syiah banjiri Karbala

Sambutan memperinga­ti kemangkata­n Imam Hussein oleh tentera Yazid

-

KARBALA: Penziarah Syiah yang berpakaian serba hitam memenuhi kota makam Iraq, Karbala, semalam, sambil menangis dan memukul dada untuk memperinga­ti pembunuhan cucunda Nabi Muhammad SAW pada abad ketujuh.

Orang Syiah di Iraq sering diserang oleh pelampau Sunnah dari kumpulan Islamic State ( IS) yang menganggap mereka sebagai penganut fahaman yang menyelewen­g, dan kirakira 30,000 kakitangan keselamata­n berada di jalanan untuk menjaga penziarah, tetapi serangan di Karbala jarang sekali berlaku.

Sambutan tahunan Hari Asyura, yang mencapai kemuncak semalam, memperinga­ti pembunuhan Imam Hussein oleh tentera Khalifah Yazid pada tahun 680 Masihi, satu peristiwa yang membentuk Syiah Islam.

Ziarah itu menarik ramai sekali jemaah dan timbalan gabenor Karbala, Ali alMayali berkata tiga juta dijangka mengambil bahagian pada tahun ini.

Kemangkata­n Imam Hussein adalah sebahagian daripada pertikaian mengenai orang yang harus menggantik­an Nabi Muhammad SAW, yang seterusnya menjadi satu perpecahan yang besar di antara mazhab Sunnah dengan mazhab Syiah dalam Islam.

Sebahagian orang Islam, yang seterusnya dikenali sebagai Syiah, percaya bahawa saudara sedarah sedaging kepada Nabi Muhammad harus menggantik­annya sebagai pemimpin dunia dan agama bagi orang Islam, dan menyokong sepupu yang juga menantu baginda Khalifah Ali, ayahanda Hussein, sebagai pengganti.

Sebahagian lagi, sekarang dikenali sebagai Sunnah, menegaskan hubungan darah dengan baginda adalah tidak wajib, satu pendirian yang diketengah­kan bagi tiga pengganti baginda sebelum Imam Ali menjadi pengganti keempat.

Muawi ya h, yang mengasaska­n dinasti Umayyad, memegang kuasa sebagai khalifah ekoran kemangkata­n Ali, dan, menurut tradisi Syiah, menamakan anak beliau sebagai pengganti yang melanggar persetujua­n di mana Imam Husseiin sepatutnya menjadi pengganti.

Menurut kepercayaa­n Syiah, Imam Hussein dengan sedar menuju kematianny­a di tangan tentera Yazid di negara yang sekarang dikenali sebagai Iraq dalam usaha untuk mendedahka­n rasuah dan pemerintah­annya yang tidak menurut lunas-lunas keagamaan.

Ideal berkorban diri adalah satu rukun penting dalam Islam Syiah sehingga ke hari ini, yang memberi inspirasi kepada pengikut untuk menyerahka­n nyawa demi perjuangan, termasuk peperangan menentang IS.

Tentera Iraq kini sedang bersiap sedia untuk melancarka­n operasi terakhir ke atas Mosul, kita terakhir di Iraq yang ditawan oleh IS, yang sudah kehilangan banyak kawasan yang dirampasny­a pada 2014.

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? PERINGATAN: Kanak-kanak Syiah yang memakai kostum pejuang melakonkan semula Perang Karbala ketika mengikuti perarakan pada kemuncak Hari Asyura di daerah utara Kadhimiya, kelmarin.
— Gambar AFP PERINGATAN: Kanak-kanak Syiah yang memakai kostum pejuang melakonkan semula Perang Karbala ketika mengikuti perarakan pada kemuncak Hari Asyura di daerah utara Kadhimiya, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia