Utusan Borneo (Sarawak)

BBK 2016 S’wak sarat aktiviti

Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan 2016 Peringkat Negeri Sarawak bermula 13 Okt hingga 11 Nov

- Oleh Patricia Gari

KUCHING: Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) 2016 Peringkat Negeri Sarawak yang bermula 13 Oktober hingga 11 November sarat dengan pelbagai aktiviti merangkumi empat elemen utama.

Perkara itu dinyatakan Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Sarawak Dr Hazami Jahari pada sidang media di sini semalam.

“Sepanjang BBK, pelbagai acara akan diadakan yang merangkumi empat elemen utama iaitu majlis pelancaran peringkat negeri esok (hari ini), Karnival Bahasa Jiwa Bangsa, Semarak Bahasa dan Malam Bahasa Jiwa Bangsa.

“Sebaik selesai majlis pelancaran oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg di Balai Budaya DBP, Karnival Bahasa Jiwa Bangsa bermula dan berakhir pada 16 Oktober,” katanya.

Pelbagai aktiviti dianjurkan sepanjang karnival antaranya pameran agensi kerajaan dan jualan buku, festival lagu puisi belia, senam seni, jejak cinta be r mu ku m, pertanding­an Futsal Jemputan (sekolah rendah) dan pertanding­an SAHIBBA (ibu bapa).

Mengenai elemen kedua BBK 2016, bermula 17 Oktober, Bengkel Penulisan Cerpen Pasca-PT3 (Pentakrisa­n Tingkatan 3) diadakan di Sekolah Agama Sheikh Haji Othman Abdul Wahab.

Program katanya, diteruskan dengan program BBK di peringkat institusi pengajian tinggi ber- mula 19 Oktober dan bagi tujuan itu Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) selaku hos.

“Pesta Pantun antara jabatan kerajaan negeri dan persekutan juga akan diadakan selain Syarahan Perdana (wacana fikrah ummah) berkisar kepada tajuk ‘Bahasa Kebangsaan Dalam Sistem Perundanga­n di Malaysia’ oleh ADUN Muara Tuang Datuk Idris Buang,” katanya.

Hazami memberitah­u, acara kemuncak BBK 2016 ialah Malam Bahasa Jiwa Bangsa iaitu pada 11 November dan Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud serta isteri Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib selaku tetamu kehormat.

Katanya majlis yang bermula jam 8 malam itu merupakan malam kesenian dan persembaha­n khas daripada Kelab Peminat P. Ramlee Sarawak (KPPRS) dan buku ‘Bahtera Bahasaku’ karya terbaharu Datu Dr Adi Badiozaman Tuah akan dilancarka­n.

Mengulas lanjut mengenai sambutan BBK 2016 peringkat negeri, beliau berkata tahun ini DBP tidak menganjurk­an kembara seperti kelaziman.

“Dalam usaha mengoptimu­mkan perbelanja­an, DBP memohon kerjasama daripada semua agensi agar menganjurk­an sambutan BB K di peringkat jabatan atau agensi masing-masing.

“DBP akan membantu dari segi khidmat nasihat dan kepakaran. Setakat ini Lembaga Kemajuan Bintulu (DBA) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Subis, Miri mengesahka­n aktiviti masing-masing,” ujarnya.

Hadirsama, PerancangB­ahasa merangkap Pemangku Timbalan Pengarah DBP Sarawak Dr Shantrol Abdullah dan Pengarah Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA) Sarawak Rini Tupong.

Sepanjang BBK, pelbagai acara akan diadakan yang merangkumi empat elemen utama iaitu majlis pelancaran peringkat negeri esok (hari ini), Karnival Bahasa Jiwa Bangsa, Semarak Bahasa dan Malam Bahasa Jiwa Bangsa. Dr Hazami Jahari Pengarah DBP Sarawak

 ??  ??
 ??  ?? MARTABATKA­N BAHASA: (Dari kanan) Shantrol, Hazami dan Rini pada sidang media mengenai sambutan BBK 2016 Peringkat Negeri Sarawak.
MARTABATKA­N BAHASA: (Dari kanan) Shantrol, Hazami dan Rini pada sidang media mengenai sambutan BBK 2016 Peringkat Negeri Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia