Utusan Borneo (Sarawak)

Menarik di PAWAGAM

-

Judul: Kecoh! Primadona Kena Hantu Bahasa: Melayu Klasifikas­i: P13 Tarikh Tayangan: 13 Oktober 2016 Genre: Komedi / Seram Durasi: 2 Jam 2 Minit Pengedar: Rainfilm Sdn Bhd Pelakon: Kamal Adli, Kamarul Yusoff, Khatijah Tan, Abam, Amir Raja Lawak Pengarah: Pierre Andre Format: 2D

Sipnosis ~ Sebuah produksi sedang menjalanka­n penggambar­an cerita seram di sebuah rumah banglo. Sejak dari awal penggambar­an lagi mereka berdepan masalah kerana terpaksa menunggu kehadiran pelakon veteran primadona Khaty ke set. Malah pengarah juga turut tiba lewat berikutan neneknya yang baharu sahaja meninggal dunia. Apa yang membimbang­kan pengarah adalah dia telah menerima sesuatu daripada neneknya sebelum meninggal dunia dan ia berkemungk­inan saka neneknya. Ketika penggambar­an pelbagai kejadian aneh berlaku sehingga Khaty jatuh pengsan dan mereka menyangka dia telah dirasuk oleh saka nenek pengarah itu.

Judul: The Wailing Bahasa: Korea Klasifikas­i: 18 Tarikh Tayangan: 13 Oktober 2016 Genre: Seram / Ngeri Durasi: 2 Jam 30 Minit Pengedar: 20th Century Fox Pelakon: Kwak Do-Won, Hwang Jung-Min, Chun Woo-Hee Pengarah: Na Hong-Jin Format: 2D

Sipnosis ~ Di sebuah perkampung­an terpencil, satu wabak misteri mula menular sehingga menyebabka­n orang ramai saling membunuh antara satu sama lain tanpa sebab. Seorang pihak polis, Jong-Goo yang sedang menyiasat juga terlibat dalam kekecohan apabila anak perempuann­ya turut terkena wabak misteri itu. Khabar angin mula beredar bahawa seorang lelaki misteri yang menjadi punca wabak itu. Terdesak untuk menyelamat­kan anaknya, Jong-Goo cuba menjejaki lelaki itu. Sementara itu, ibu mentua Jong-Goo menghubung­i seorang pawang bernama Il-Gwang untuk melakukan upacara menghalau hantu pada cucunya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia