Utusan Borneo (Sarawak)

Pertanding­an tarian, nyanyian tradisiona­l Bidayuh pada 28 Okt ini

- Oleh Nick Fletcher

KUCHING: Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) Cawangan Penrissen akan menganjurk­an pertanding­an tarian dan nyanyian tradisiona­l Bidayuh pada 28 Oktober ini di Skim Penempatan Semua Bengoh (BRS).

Menurut Pengerusi DBNA Cawangan Penrissen Aloysius Kuyong, pertanding­an tersebut diadakan bersempena dengan Festival Kebudayaan Bengoh 2016.

“Pertanding­an ini adalah terbuka kepada kelab-kelab kebudayaan dari kawasan Penrissen, Padawan, Siburan dan Bau,” katanya.

Aloysius yang juga pengerusi penganjur Festival Kebudayaan Bengoh 2016 menambah penyertaan untuk pertanding­an tersebut adalah percuma.

“Pertanding­an ini menawarkan hadiah wang tunai RM1,000, RM700 dan RM500 kepada pemenang pertama, kedua dan ketiga beserta sijil penyertaan.

“Dua pemenang saguhati juga masing- masing akan membawa pulang wang tunai RM100,” katanya.

Justeru, beliau berkata sesiapa yang berminat boleh mendapatka­n borang penyertaan di pejabat daerah kecil Padawan, Jalan Bayur Padawan atau menghubung­i 8983602 atau 0198281747 untuk maklumat lanjut.

Sementara, Aloysius berkata banyak aktiviti akan dijalankan dalam sepanjang Festival Kebudayaan Bengoh yang dijadual berlangsun­g pada 28 sehingga 30 Oktober ini.

Antaranya seperti sukan rakyat, pemeriksaa­n kesihatan, pertanding­an menyumpit, pertanding­an ratu cantik, pameran dan jualan serta persembaha­n pentas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia