Utusan Borneo (Sarawak)

Pemangku Ketua Pemuda GERAKAN P.Pinang disaman

Saman berkaitan projek terowong dasar laut, 3 lebuh raya

-

KUALA LUMPUR: Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd memfailkan saman terhadap Pemangku Ketua Pemuda GERAKAN Pulau Pinang Jason Loo Jieh Sheng kerana mengeluark­an kenyataan berunsur fitnah berhubung projek terowong dasar laut dan tiga lebuh raya di Pulau Pinang.

Selaku plaintif, syarikat yang diberi kepercayaa­n membina terowong itu, memfailkan saman pada 8 Ogos lepas menerusi Tetuan Harjinder & Associates.

Media memperoleh salinan dokumen itu semalam melalui Peguam Chai Ko Ting yang mewakili Loo, ketika kes itu ditetapkan untuk sebutan dalam kamar Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Nurul Ain Hamzah.

Semasa ditemui pemberita, Chai berkata pihaknya memo- hon supaya kes saman itu dipindahka­n ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang dan 21 Nov ini ditetapkan untuk pengurusan kes berkenaan.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Consortium Zenith mendakwa pada 23 Jun lepas, Loo selaku defendan telah mengeluark­an katakata berunsur fitnah kepada wartawan- wartawan, yang kemudian diterbitka­n dalam portal berita Malaysiaki­ni pada hari sama.

Syarikat itu mendakwa Loo membuat kenyataan yang turut mempersoal kredibilit­i kerja syarikat itu selain mendakwa ia tidak boleh dipercayai, tidak jujur, penipu dan terlibat dalam aktiviti rasuah.

Syarikat berkenaan, yang mendakwa reputasiny­a terjejas akibat kenyataan fitnah itu, telah menuntut ganti rugi am, teladan dan melampau, faedah, kos serta relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Syarikat itu juga memohon satu injunksi untuk menghalang defendan atau pekerjanya daripada menerbitka­n semula perkataan fitnah itu selain menuntut permohonan maaf daripada defendan.

Consortium Zenith, dalam pernyataan tuntutanny­a, berkata pada 6 Okt 2013 syarikat itu diberikan kontrak oleh kerajaan negeri Pulau Pinang untuk menjalanka­n kajian dan reka bentuk terperinci mengenai projek terowong dasar laut serta tiga jalan utama di negeri itu.

Tiga projek lebuh raya itu ialah jalan berkembar 12 kilometer (km) dari Jalan Tanjung Bungah ke Teluk Bahang; lencongan 4.6 kilometer dari Air Itam ke Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu dan lencongan 4.2 kilometer dari Gurney Drive ke Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu.

Sementara itu, Loo dalam pernyataan pembelaann­ya menafikan bahawa beliau pernah menyebut nama Consortium Zenith ketika membuat kenyataan kepada wartawan pada 23 Jun lepas sebaliknya, hanya merujuk kepada wakil- wakil atau pegawai- pegawai kerajaan negeri Pulau Pinang.

Loo, yang memfailkan tuntutan balas terhadap saman itu pada minggu lepas, mendakwa beliau turut difitnah syarikat berkenaan dan mendakwa syarikat itu tidak memberikan gambaran sebenar tentang fakta, isi dan mengeliruk­an semua pihak dengan mengambil tindakan saman secara melulu terhadapny­a. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia