PTRS anjur sambutan Hari Keluarga di Kampung Budaya 1M’sia 22 Oktober
SIBU: Persatuan Tuai Rumah Sibu (PTRS) akan menganjurkan sambutan Hari Keluarga bertempat di Kampung Budaya 1Malaysia pada 22 Oktober ini, bermula jam 8 pagi hingga 3 petang.
Pengerusi pengelola sambutan, Tuai Rumah (TR) Lidwina Mathew berkata, sambutan bertujuan merapatkan hubungan antara ahli- ahli PTRS, selain mengukuhkan hubungan kekeluargaan.
“Pelbagai aktiviti dan pertandingan telah dirancang bagi memeriahkan sambutan pada kali ini,” ujarnya sambil menambah sambutan dijangka dirasmikan oleh Menteri Kewangan Kedua merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bawang Assan, Dato Sri Wong Soon Koh.
Antara aktiviti tersebut ialah sukaneka untuk orang dewasa dan kanak-kanak, pertandingan menyumpit, boling kelapa, dart, mengisi air ke dalam botol dan meniup belon. Yuran pertandingan ialah RM5 untuk orang dewasa sahaja.
Selain itu, katanya, turut dianjurkan jamuan makan tengah hari, karaoke dan cabutan tiket bertuah.
Lidwina juga memberithu, bayaran bagi menyertai Hari Keluarga ini ialah RM10 untuk ahli PTRS, bukan ahli termasuk suami/isteri serta anak ahli PTRS (RM17) dan percuma bagi anak-anak ahli yang berusia 12 tahun ke bawah.
“Kita juga ada menjual baju-T dan topi PTRS dengan harga RM23 dan RM46 bagi bukan ahli,” jelasnya sambil menjemput semua ahli-ahli PTRS untuk sama-sama hadir memeriahkan sambutan.
Untuk pertanyaan lanjut, boleh menghubungi TR Lidwina menerusi talian 019- 5629843, TR Maling Banta ( 013- 5790948), TR Jimbun James (013-8011135) dan TR Mathew Maja (01116091700).