Guardiola berdepan ujian getir di Nou Camp
BARCELONA, Sepanyol: Kemahiran Pep Guardiola sebagai pengurus akan diuji sekali lagi apabila kelabnya, Manchester City bertandang ke bekas kelabnya, Barcelona pada pertemuan dua pasukan teratas kumpulan dalam Liga Juara-Juara hari ini.
Guardiola, yang juga bekas jurulatih dan kapten Barca, merupakan jurulatih paling berjaya dalam sejarah kelab itu apabila memenangi 14 kejuaraan sepanjang tempoh empat tahun dan dijangka akan mengharungi malam yang penuh emosi di Nou Camp.
Beliau pernah berkunjung ke Nou Camp sebagai jurulatih kelab lawan apabila Bayern Munich tewas 0-3 kepada Barca pada perlawanan separuh akhir musim leaps dan sekarang berdepan tugas yang berat juga bersama Manchester City.
Permulaan cemerlang Guardiola di England menyaksikan beliau membimbing pasukan memenangi 10 perlawanan berturut-turut dalam semua pertandingan, tetapi mengharungigi tiga perlawanan terakhirerakhir tanpa kemenanenangan dengan yang terbaharu ialah seri 1-1 dengan ngan Everton di tempat empat sendiri dalamm aksi Liga Perdana na Inggeris Sabtu lepas.
City bagaimanamanapun masih m e n d a - h u l u i keduduk a n l i g a tetapi berkongsik i mata dengan Arsenal tetapi ketinggalan di belakang pendahulu Kumpulan C Liga Juara-Juara, Barcelona dengan kurang dua mata selepas seri 3-3 di Celtic pada perlawanan terakhir tetapi Guar- diola ber berkata beliau tidak m mahu satu lagi kep keputusan seri apabila menentang bekas k kelabnya. “Kam “Kami mempunyai ba baki empat perlaw perlawanan dan kami perluper memen nangi dua daripadanya untuk m e m a s - tik tikan satu t tempat t k ke pusingan kedua. Dan kami akan cuba mengutip mata pertama kami untuk perlawanan seterusnya,” kata Guardiola. Barca belum tewas di Nou Camp dalam Liga Juara-Juara sejak 2013 tetapi Guardiola berkata pasukannya tidak akan berganjak dari permainan biasa mereka.
“Kami akan bermain seperti kebiasaannya. Saya tahu cara kami bermain tetapi sudah tentu, kami harus tahu siapa lawan kami. Tiada banyak pasukan menang di sini (Nou Camp) sejak beberapa tahun,” tambah beliau.
Barcelona ketika ini berada di tangga keempat La Liga Sepanyol tetapi membuat persediaan untuk perlawanan hari ini dengan menewaskan Deportivo La Coruna 4-0 Sabtu lepas, dengan bintang utama, Lionel Messi beraksi buat kali pertama selepas pulih dari kecederaan dan turut menjaringkan satu gol.
“Beliau (Messi) pastinya sukar dihalang, saya tahu dari pengalaman saya sendiri,” kata penyerang City, Sergio Aguero, yang juga rakan antarabangsa Messi.
“Apa yang kami harapkan ialah beliau tidak bermain dengan baik nanti dan pertahanan kami beraksi dengan cemerlang. Ia pastinya sukar kerana Leo adalah pemain terbaik di dunia.”
Jurulatih Barca, Luis Enrique juga mendapat berita baik dengan kepulangan pemain pertahanan, Sergi Roberto dan Jordi Alba dari kecederaan sementara masalah terbesar Guardiola ialah kecederaan Bacary Sagna. — Reuters