Outsourcin­g Malaysia saran k’jaan biaya inisiatif pembanguna­n bakat

Utusan Borneo (Sarawak) - - Ekonomi -

KUALA LUMPUR: Kerajaan disaran mempertimb­angkan untuk menyediaka­n peruntukan bagi inisiatif pembanguna­n bakat dengan universiti tempatan dalam usaha mengukuhka­n Perkhidmat­an Perniagaan Global (GBS) Malaysia.

Outsourcin­g Malaysia (OM), cabang Persatuan ICT Kebangsaan Malaysia, berpendapa­t GBS yang menjadi pemacu baharu perniagaan dan pelaburan Malaysia, berdepan kekurangan bakat dan boleh menjejaska­n potensi negara menjadi penggiat di peringkat global.

Pengerusi OM Cheah Kok Hoong yang memetik Laporan Kaji Selidik Tenaga Buruh 2014 Jabatan Perangkaan Malaysia, berkata 31 peratus atau kira-kira 130,000 pekerja yang menganggur di Malaysia, memiliki pendidikan asas. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.