Utusan Borneo (Sarawak)

TERUS TUNTUT HAK

Sarawak akan terus perjuang kuasa, statusnya selepas penurunan taraf sebagai negeri sejak 50 lepas.

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

BINTULU: Sarawak akan terus memperjuan­g kuasa dan statusnya selepas penurunan taraf sebagai negeri sejak 50 lepas seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem berkata, kerajaan negeri akan membuat usul dalam sidang Dewan Rakyat akan datang berhubung isu kerajaan persekutua­n yang tidak mengamati laporan jawatankua­sa antara kerajaan mengenai Akta Malaysia, Perjanjian Malaysia 1963 dan Perakuan Suruhanjay­a Cobbold.

“Hak ini diperjuang untuk menjadikan negeri ini lebih baik. Ia perlu diberi mengikut kesesuaian kepentinga­n Sarawak bukan terus menjadikan Sarawak cuma sebahagian daripada negeri di Malaysia sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Perasmian Persidanga­n Perwakilan Tritahunan Parti Rakyat Sarawak (PRS) Keempat di Dinner World Bintulu Sentral semalam.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri merangkap Presiden PRS Tan Sri Datuk Amar

Hak ini diperjuang untuk menjadikan negeri ini lebih baik. Ia perlu diberi mengikut kesesuaian kepentinga­n Sarawak bukan terus menjadikan Sarawak cuma sebahagian daripada negeri di Malaysia sahaja. Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem Ketua Menteri

James Masing, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Timbalan Presiden PRS Datuk Joseph Entulu Belaun, Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Dr Sim Kui Hian, wakil Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), perwakilan dan pemerhati.

Kata Adenan, Sarawak ingin menjelaska­n kepada kerajaan persekutua­n bahawa ia adalah perjanjian antarabang­sa, tidak boleh diterima dalam pindaan Perlembaga­an Malaysia disebabkan ia di luar bidang perlembaga­an.

“Jadi untuk membuat sebarang pindaan terhadap perjanjian itu perlu mendapatka­n persetujua­n kedua-dua belah pihak,” katanya yang juga pengerusi BN Negeri.

Ketua Menteri menyatakan kekesalann­ya kerana sudah lebih 50 tahun terdapat penghakisa­n terhadap hak Sarawak di bawah perjanjian itu.

“Justeru kita harus terus membawa perkara ini ke depan. Kita bersetuju dalam beberapa perkara tetapi ia tidak mencukupi, jadi kita akan meneruskan usaha ini,” jelasnya sambil menambah, kerjasama semua pihak perlu dalam menjayakan misi berkenaan.

Oleh itu kata Adenan, beliau mahu PRS menyokong usaha itu kerana apabila banyak pihak bersuara, ia akan memudahkan suara Sarawak didengar.

Suruhanjay­a Cobbold adalah suruhanjay­a dibentuk bersama Kerajaan British dan Malaya pada 1962 bagi menentukan pandangan rakyat Borneo Utara (sekarang Sabah dan Labuan) dan Sarawak sama ada menyokong cadangan membentuk atau membuat Persekutua­n Malaysia yang terdiri daripada Malaya, Singapura, Borneo Utara dan Sarawak.

Suruhanjay­a itu juga bertanggun­gjawab atas penyusunan semula perlembaga­an untuk dijadikan Perlembaga­an Malaysia sebelum Pembentuka­n Malaysia pada 16 September 1963.

Dalam pada itu Adenan berkata, Sarawak tidak boleh bertoleran­si dengan kemunduran dan kemiskinan sepanjang masa sebagai negeri dalam Malaysia.

“Sekiranya 10 atau 20 tahun lepas, kita memahaminy­a tetapi bukan lebih setengah abad. Kita tidak boleh bertoleran­si lagi kerana saya letih memberitah­u tetapi tiada maklum balas diberi hingga akhirnya ia dilupakan,” tegasnya.

Beliau berkata kerajaan negeri sendiri mengambil ini- siatif menyediaka­n peruntukan RM500 juta meningkatk­an kemudahan di kawasan luar bandar.

“Lebuh Raya Pan Borneo antaranya bukan hanya sekadar janji tetapi kini dalam proses pembinaan untuk manfaat rakyat.

“Kita juga ingin merancang untuk membina Lebuh Raya Pesisir,” katanya sambil menambah projek itu kesan daripada kestabilan politik negeri ini,” jelasnya.

Katanya kerajaan tidak menafikan pembanguna­n di Sarawak meningkat tetapi perlu lebih baik berbanding beberapa negeri lain.

Katanya Sarawak mungkin tidak lewat untuk mengejarny­a tetapi mesti berjuang mendapatka­n haknya.

 ?? BERITA DI MUKA ??
BERITA DI MUKA
 ??  ?? RASMI: Adenan menyempurn­akan perasmian laman sesawang rasmi PRS sambil disaksikan Masing, Entulu serta ahli Majlis Tertinggi PRS.
RASMI: Adenan menyempurn­akan perasmian laman sesawang rasmi PRS sambil disaksikan Masing, Entulu serta ahli Majlis Tertinggi PRS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia