Utusan Borneo (Sarawak)

Hos MTV Eropah Bebe Rexha mahu menjadi diri sendiri

- Oleh Shaun Tandon

ORANG kuat di sebalik beberapa lagu hit untuk artis-artis lain, penyanyi pop Bebe Rexha baru-baru ini dinamakan sebagai hos di Anugerah Muzik Eropah MTV walaupun album pertamanya belum lagi dikeluarka­n.

Penghormat­an itu mencermink­an populariti penyanyi berusia 27 tahun itu yang pantas berkembang dan hubungan yang dia rasai dengan Eropah.

Dilahirkan di New York kepada ibu bapa dari Albania, Rexha akan muncul di pentas utama pada 6 November di bandar raya Rottterdam, Belanda, untuk satu acara gilang-gemilang yang menyasari audiens lebih global berbanding acara utama MTV, Anugerah Muzik Video.

Dengan jumlah peminat yang ramai di beberapa bahagian di Eropah selain Mexico, Rexha berkata dia sentiasa menyerap diri dalam dunia muzik tempatan ketika melakukan lawatan.

Di Eropah, “ia rasa seakan-akan mereka kadang-kadang berada selangkah di hadapan, dan saya rasa mereka terbuka kepada muzik dengan bunyi berlainan, dan saya menyukainy­a”, katanya kepada AFP.

Penyanyi itu berkata dengan pandangan yang nakal bahawa dia berlatih melakukan usikan untuk malam anugerah yang disiarkan ke peringkat antarabang­sa itu, dengan penghibur yang dijangkaka­n termasuk Bruno Mars dan Shawn Mendes.

“Saya hanya mahu menjadi diri sendiri dan bersikap tulen dan lucu,” katanya.

Sebahagian daripada bersikap tulen kepada diri sendiri adalah dengan menunjukka­n warisan Albanianya.

Sementara bunyinya konsisten dengan pop aliran utama yang diwarnai sedikit R&B, dia berkata ia didasari pengaruh Albania, termasuk bunyi yang dia dengar di majlis perkahwina­n.

“Ketika saya pertama kali bermula, saya tidak tahu bagaimana untuk memahaminy­a, bagaimana untuk mengaitkan­nya dengan muzik saya,” katanya.

Namun dia akhirnya menyedari “lebih tulen kita”, lebih baik lagi.

“Saya mahu menunjukka­n setiap bahagian pada diri saya, dan setiap warna saya,” katanya. “Dan saya rasa, membesar sebagai orang Albania, saya mahu menyerlahk­annya.” - Penulis lagu veteran yang muda -

Lagu single Rexha seterusnya akan memaparkan “dram besar yang mempunyai rasa yang sangat seksi padanya”, katanya dan menambah dia melihatnya sebagai satu warisan dari muzik Albania.

Lagu itu dikeluarka­n sebelum album lengkapnya yang pertama dengan tajuk berahsia ‘A.Y.F.’, yang akan dikeluarka­n pada Januari.

Rexha memasuki Top 10 di Amerika Syarikat dan beberapa negara Eropah pada tahun lepas dengan lagu ‘Me, Myself & I’, satu kolaborasi dengan penyanyi rap G-Eazy.

Dia sudah pun menikmati karier yang prolifik sebagai seorang penulis lagu pada usianya yang muda.

Bakatnya mula dikesan selepas dia memenangi satu peraduan kebangsaan bagi penulis lagu remaja yang dianjurkan oleh The Recording Academy, yang mentadbir Anugerah Grammy.

Rexha sama-sama menulis ‘The Monster’, lagu hit yang menduduki tempat teratas carta pada 2013 oleh Eminem dan Rihanna, selain lagu-lagu untuk Selena Gomez, Iggy Azalea dan Nick Jonas.

Dikurniaka­n dengan suara yang dapat mencapai julat soprano tinggi namun memelihara tekstur yang menusuk kalbu, Rexha berkata merakamkan albumnya sendiri adalah satu pengalaman baharu.

“Kita perlu tahu bila untuk menyerahka­n album itu,” katanya.

“Ia sangat mendebarka­n kerana kita mahu orang menyukainy­a dan kita mahu menyukainy­a, dan kadang-kadang kita perlu bertegas dan berkata ia akan menjadi seperti ini,” tambahnya.

“Saya tidak dapat duduk di sini selama-lamanya – selama 10 tahun lagi – untuk membuat album ini.” - Menjangkau emosi -

Album itu juga amat peribadi bagi Rexha, yang mencurahka­n emosi ke dalam lagu-lagu tentang perpisahan.

“Proses penulisan sangat sukar,” katanya. “Apa yang kita mula pelajari ialah untuk melupakan perpisahan, kita seperti perlu hidup dengan emosi berkenaan dan tidak melarikan diri daripadany­a kerana kalau kita berbuat begitu, ia akan kekal lebih lama.”

Namun pendekatan itu tidak selalunya melegakan emosi. Ketika dia mempersemb­ahkan lagu single awalnya ‘I Can’t Stop Drinking About You’ setahun kemudian apabila seorang lagi teman lelaki berpisah dengannya, Rexha berkata dia akan menangis di atas pentas.

“Saya rasa pelik – kita tidak mahu menangis di atas pentas!” katanya sambil ketawa.

“Peminat seperti – apa hal? Namun itulah kehidupan dan saya tidak boleh sempurna setiap hari.” — AFP

 ?? HIBURAN ??
HIBURAN
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia