Utusan Borneo (Sarawak)

Pastikan Gedong tidak tenggelam

Projek memulihkan koridor Batang Sadong pastikan pekan tidak tenggelam ke dasar sungai

- Oleh Rusnan Mustafa

Projek memulihkan koridor sungai Batang Sadong ini menelan kos RM7.89 juta bagi memberi perlindung­an kepada tebing sungai daripada hakisan kritikal serta perlindung­an terhadap penempatan yang terletak di pekan Gedong ini. Dato Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar

GEDONG: Demi menyelamat­kan pekan Gedong daripada tenggelam ke dasar sungai disebabkan ancaman hakisan kritikal, kerajaan melaksanak­an projek memulihkan koridor sungai di lembangan Sungai Batang Sadong di pekan tersebut.

Majlis pecah tanah projek itu semalam disempurna­kan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Dato Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Panggung Terbuka Gedong di sini semalam.

“Projek memulihkan koridor Sungai Batang Sadong ini menelan kos RM7.89 juta bagi memberi perlindung­an kepada tebing sungai daripada hakisan kritikal serta perlindung­an terhadap penempatan yang terletak di pekan Gedong ini,” katanya pada sidang media selepas perasmian majlis tersebut semalam.

Wan Junaidi menjelaska­n bahawa pada tahun 1960-an dahulu jarak antara tebing sungai dan pekan tersebut adalah jauh berbanding sekarang yang hanya tinggal beberapa meter sahaja.

“Apa yang dikatakan Menteri Muda Perancanga­n Sumber Datuk Mohd Naroden Majais adalah benar yang mana kira-kira dua hingga tiga meter tebing sungai pekan Gedong ini terhakis dalam tempoh setahun.

“Sebab itulah kita melak- sanakan projek memulihkan koridor ini supaya kita dapat menyelamat­kan pekan ini daripada tenggelam disebabkan hakisan yang kian kritikal di sini,” tambahnya.

Mengulas lanjut mengenai projek yang diluluskan di bawah kementeria­nnya, beliau menjelaska­n setakat ini tiada projek yang bermasalah.

Sehubungan itu, beliau mengingatk­an agar kontraktor dilantik melaksanak­an projek di bawah kementeria­nnya sentiasa mengikut peraturan dan standard yang ditetapkan.

“Jangan terlalu memikirkan keuntungan sahaja sehingga kualiti projek terjejas, jika ini berlaku saya akan menyenarai­hitamkan kontraktor yang bermasalah ini,” tegasnya.

Menurutnya, sebanyak 18 projek telah diluluskan di bawah kementeria­nnya untuk Sarawak melibatkan peruntukan keseluruha­n berjumlah RM641 juta termasuk projek pemulihan koridor sungai di pekan Gedong.

Dalam perkembang­an lain, Wan Junaidi menasihati rakyat Sarawak agar tidak membunuh buaya buat masa ini sementara menunggu pindaan undang- undang berkaitan dikuatkuas­akan.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri ketika berucap berkata, terdapat beberapa isu yang perlu kerajaan ambil perhatian dalam Parlimen Batang Sadong terutama isu hakisan tebing sungai.

“Isu ini banyak menyebabka­n kerosakan terhadap kawasan pertanian di sini termasuk penempatan penduduk sekiranya tidak diatasi dengan segera,” ujarnya.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gedong Datuk Mohd Naroden Majais, ADUN Simunjan Awla Dris, Ketua Setiausaha Kementeria­n Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Azizan Ahmad dan tetamu kehormat lain.

 ?? TEMPATAN ??
TEMPATAN
 ??  ?? ATASI HAKISAN: Wan Junaidi ditemani (dari dua kiri) Nancy, Awla, Naroden dan Azizan menyempurn­akan simbolik perasmian projek rancangan memulihkan koridor sungai di pekan Gedong.
ATASI HAKISAN: Wan Junaidi ditemani (dari dua kiri) Nancy, Awla, Naroden dan Azizan menyempurn­akan simbolik perasmian projek rancangan memulihkan koridor sungai di pekan Gedong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia