Utusan Borneo (Sarawak)

Risiko litar pintas jika ‘jurutera kampung’ baiki pendawaian

-

SIBU: Memberi kepercayaa­n kepada ‘ jurutera kampung’ untuk memperbaik­i sistem pendawaian elektrik di rumah akan meningkatk­an risiko litar pintas yang kerap menyebabka­n kebakaran.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Nor Hisham Mohammad berkata, 60 peratus kebakaran rumah dan bangunan di Sarawak disumbang faktor kegagalan fungsi elektrik.

“Papan kawalan utama (MCB) ada sistem automatikn­ya sendiri yang tertutup jika punca elektrik sedia ada melebihi had arus elektrik dibenarkan.

“Mendengar kos baik pulih tinggi, pemilik rumah akan pang- gil ‘jurutera kampung’ membaiki dan mereka mengambil cara mudah memasang satu wayar besar di MCB untuk memintas masalah itu,” katanya kepada pemberita.

Jelasnya, dengan berbuat demikian apabila berlaku lebihan had, sistem automatik sudah tidak berfungsi lagi.

Nor Hisham menjelaska­n, apabila ada pencetus api dan elektrik terus disalur maka kebakaran akan mudah merebak dengan cepat.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Kunci Rumah Projek Pembinaan Semula Rumah Terbakar di Kampung Bahagia Jaya Teku di sini, semalam.

Hadir merasmikan majlis itu ialah Temenggung Datuk Wan Hamid Edruce yang turut dihadiri Ketua BBP Zon 4 Sibu Abdul Mutalib Rasyid.

Sehubungan itu, beliau menasihati orang awam supaya mengupah jurutera elektrik bertauliah yang mempunyai sijil kelayakan memperbaik­i atau membaik pulih sebarang masalah pendawaian elektrik di rumah.

Berucap pada majlis itu, beliau turut menggesa orang ramai supaya membelanja­kan sedikit wang untuk membeli alat pemadam kebakaran sebagai langkah awal pencegahan kebakaran.

“Jabatan bomba banyak mem- buat program atau kursus berbentuk pencegahan kebakaran seperti mengajar menggunaka­n alat pemadam api.

“Tapi ia sia-sia jika di rumah sendiri tidak menyediaka­n alat pemadam api,” ujarnya.

Sementara itu, pada majlis tersebut Mohd Morshidi Junaidi, 63, menerima seunit rumah kediaman baharu selepas rumahnya musnah dalam kebakaran pada April tahun lalu di Kampung Bahagia Jaya Teku di sini.

Pembinaan semula rumah tersebut adalah di bawah Program Strategi Lautan Biru Kebangsaan Ke-7 (NBOS7) yang dibina oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak.

 ??  ?? NOR HISHAM
NOR HISHAM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia