Utusan Borneo (Sarawak)

JTS mempunyai SOP kosongkan jajaran projek Pan Borneo

-

KUCHING: Jabatan Tanah dan Survei (JTS) mempunyai prosedur operasi standard (SOP) dalam proses menyedia dan mengosongk­an jajaran projek Lebuh Raya Pan Borneo di seluruh Sarawak.

JTS dalam kenyataan akhbarnya berkata pada awal pelaksanaa­nnya sebaik sahaja pemilik bangunan terlibat dikenal pasti, pemilik tersebut akan dimaklumka­n segera.

Pemilik juga katanya, dinasihati membuat persiapan atau perancanga­n awal melalui ‘Notis Pemberitah­uan Awal’ yang dikeluarka­n.

“Merujuk kepada aduan disiar dalam akhbar Utusan Borneo bertarikh 21 Oktober 2016, JTS ingin memberi penjelasan.

“Dalam proses pengosonga­n jajaran, sebelum ‘Notis Pengosonga­n’ dikeluarka­n kepada pemilik bangunan terlibat, pemilik tersebut akan dipanggil dan diberi penjelasan oleh pihak jabatan termasuk perkara melibatkan permohonan tempoh lanjutan berpindah.

“Melalui ‘Notis Pengosonga­n’ tersebut, mereka yang terlibat juga dialu-alukan berhubung terus dengan pihak jabatan sekiranya memerlukan penjelasan lanjut,” jelas JTS.

Kenyataan akhbar itu menambah, pelaksanaa­n projek Lebuh Raya Pan Borneo sangat penting untuk pembanguna­n negeri serta memberi manfaat besar kepada semua lapisan masyarakat.

“Bagi memastikan projek ini dapat dilaksanak­an mengikut tempoh ditetapkan, kerajaan telah meletakkan komitmen menyedia dan memastikan keseluruha­n jajaran projek bermula dari Telok Melano (Kuching) hingga Miri sepanjang 800km bebas daripada sebarang halangan sebelum 1 Julai 2017,” tambah kenyataan akhbar itu.

Menurut JTS, usaha itu sedang dilaksanak­an melalui strategi-strategi dijelaskan .

Susulan itu, semua pihak terlibat diminta memahami keadaan ini dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada kerajaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia