Utusan Borneo (Sarawak)

RM760,500 wang ihsan dihulurkan kepada kira-kira 1,539 keluarga

-

KUCHING: Sejumlah RM760,500 wang ihsan dihulurkan kepada kira-kira 1,539 keluarga yang terjejas bencana banjir yang berlaku pada Januari lalu.

Wang ihsan itu, menurut Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Dato Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk terus menjaga kebajikan rakyat.

“Kerajaan sedar dan tahu harapan rakyat terutama ketika mereka berdepan kesusahan dan kepayahan hidup selepas bencana seperti banjir,” katanya yang juga merupakan Ahli Parlimen Santubong pada Majlis Penyampaia­n Wang Ihsan di Masjid Darul Hana, di sini semalam.

Malah katanya, sumbangan yang dihulurkan itu sedikit sebanyak dapat meringanka­n beban mangsa bagi membaik pulih kerosakan atau kerugian akibat banjir.

Antara kampung di Parlimen Santubong yang terjejas teruk akibat banjir termasuk Kampung Seberang, Kampung Bintawa, Kampung Pulo dan Kampung Panglima Seman Ulu.

“Beberapa penduduk kampung ketika itu terperangk­ap di dalam rumah mereka sebelum akhirnya mereka diselamatk­an dan dipindahka­n ke pusat pemindahan sementara,” katanya ketika mengimbas semula detik banjir yang berlaku sekitar awal tahun ini.

Tambahnya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga secara peribadi mengarahka­n Majlis Keselamata­n Negara (MKN) untuk mengenal pasti mangsa dan mengagihka­n sumbangan di seluruh negara.

Sementara itu, Wan Junaidi turut memberitah­u, cadangan bagi projek tebatan banjir untuk Kuching dan Sibu akan dibentangk­an kepada Najib sejurus semua kertas kerja diperincik­an.

“Dengan adanya projek tebatan banjir yang baharu ini, masalah banjir di Kuching dan Sibu khasnya akan dapat diatasi dengan begitu baik sekali,” katanya.

Turut hadir ADUN Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni.

 ??  ?? SUMBANGAN IKHLAS: Wan Junaidi (dua kanan) menyerahka­n wang ihsan kepada penduduk kampung terjejas banjir awal tahun ini, di Kuching semalam. Turut kelihatan Dr Hazland (kanan).
SUMBANGAN IKHLAS: Wan Junaidi (dua kanan) menyerahka­n wang ihsan kepada penduduk kampung terjejas banjir awal tahun ini, di Kuching semalam. Turut kelihatan Dr Hazland (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia