Utusan Borneo (Sarawak)

S’wak stabil hasil kerjasama parti komponen BN

-

BINTULU: Sarawak kini menikmati keadaan politik stabil berbanding beberapa negeri lain hasil kerjasama kukuh antara parti komponen Barisan Nasional (BN) di negeri ini.

Ketua Menteri merangkap Pengerusi BN Negeri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem berkata, kerjasama baik itu juga dapat dilihat wujud antara BN dengan Parti Rakyat Sarawak (PRS).

Jelas Adenan, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lepas beliau tidak menafikan kemenangan besar yang membentuk kerajaan hari ini hasil kerjasama baik semua parti BN.

“Justeru, saya ulangi apa diperkatak­an Tan Sri Datuk Amar James Masing bahawa kita tidak menerima parti luar kerana siapa yang lebih mengetahui keperluan dan selok-belok negeri ini jika bukan orang kita sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada perasmian Persidanga­n Perwakilan Tritahunan (TDC) Parti Rakyat Sarawak (PRS) kali keempat di sini semalam.

Katanya parti negeri ini lebih tahu apa yang perlu diperjuang untuk rakyat Sarawak kerana yakin melakukan yang terbaik demi negeri ini.

Mengenai PRS kata Adenan, PRS asalnya adalah Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) kemudian ditukar kepada Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) dan sebahagian PBDS kekal bersama PRS.

“Dan sekarang timbul pula PBDS baharu. Namun saya tidak begitu tahu mengenai serpihan kumpulan ini dan perjuangan­nya tetapi rakyat ternyata bijak memilih parti yang boleh memperjuan­g hak mereka,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia