Utusan Borneo (Sarawak)

Selepas 12 tahun bukan mudah untuk PRS stabil, kata Masing

-

BINTULU: Parti Rakyat Sarawak (PRS) melalui tempoh perjalanan bukan mudah sejak penubuhan 12 tahun lepas sebelum menjadi sebuah parti besar yang stabil.

Presiden PRS yang juga Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Masing berkata, dengan sumber kewangan terhad pada masa itu, berada di luar Barisan Nasional (BN) tetapi diterima menjadi sebahagian keluarga Barisan Nasinal (BN).

Katanya BN tiada halangan apabila hendak menyertai Pengerusi BN Negeri merangkap Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem yamh menerima dengan baik PRS sebagai anggota keluarga BN.

“Tanpa sokongan Ketua Menteri, kita tidak akan dapat memasuki BN. Kita tiada musuh, semua parti komponen terdiri daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), juga lebih mudah untuk menerima kita,” jelasnya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan aluan pada Majlis Perasmian Persidanga­n Perwakilan Tritahunan Ke-4 Parti Rakyat Sarawak (PRS) di Dinner World Bintulu Sentral semalam.

Turut hadir Timbalan Presiden PRS Datuk Joseph Entulu Belaun, Ketua Pergerakan Pemuda baharu Snowdan Lawan, Ketua Pergerakan Wanita Datuk Seri Doris Sophia Brodie, Setiuasaha Agung Datuk Wifred Nissom dan pengerusi jawatankua­sa induk persidanga­n merangkap Naib Presiden Datuk John Sikie Tayai.

Persidanga­n itu turut dihadiri Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Dr Sim Kui Hian, wakil Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), wakil Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), para perwakilan dan pemerhati.

Sebagai sebuah parti muda dalam BN katanya, kehadiran PRS tidak diketepi dengan 17 daripada wakil rakyat dipilih menjadi sebahagian daripada pembuat dasar mengikut kemahiran, pengalaman dan kemampuan pada ahli yang berhormat dalam politik.

Selain itu katanya, sebagai ahli dalam sebuah organisasi yang berkhidmat lama, pengetahua­n dan pengalaman amat penting dalam membuat sesuatu keputusan tanpa adanya agenda peribadi.

Beliau turut memperkata mengenai penekanan terhadap pembanguna­n di luar bandar, keseimbang­an sosioekono­minya, pemantapan kemahiran usahawan Dayak, pengambila­n dalam perjawatan perkhidmat­an awam dan sebagainya.

Masing turut menghargai ahli lama yang memberi peluang kepada generasi muda menggambil alih tempat dalam memberi khidmat terbaik kepada rakyat di kawasan PRS termasuk memberi laluan menerajui pergerakan pemuda tanpa adanya perebutan jawatan yang memperliha­tkan kematangan ahlinya.

Begitu juga dengan jawatan ketua pergerakan wanita tidak ditandingi yang diharap akan membawa masa depan yang lebih baik kepada parti itu.

“Masa lampau akan membentuk masa depan dan pemimpin akan tua dan perlu bersara dengan aman bagi membolehka­n generasi muda mengambil alih,” katanya.

 ??  ?? PELANTIKAN: Adenan (tiga kanan) menyampaik­an watikah pelantikan Nuai Gema sebagai penghulu untuk kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Samalaju sambil disaksikan Masing (tengah), (dari kanan) Doris, Entulu dan Snowdan.
PELANTIKAN: Adenan (tiga kanan) menyampaik­an watikah pelantikan Nuai Gema sebagai penghulu untuk kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Samalaju sambil disaksikan Masing (tengah), (dari kanan) Doris, Entulu dan Snowdan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia