Utusan Borneo (Sarawak)

Suri rumah paling ramai hidap kanser payudara

Ia melibatkan 61.3 peratus penghidap (468 hingga 699 kes) yang telah dicatat pada 2007 hingga 2015

- Oleh Henrietta Liza

KUCHING: Golongan suri rumah di Sarawak mencatat jumlah tertinggi penghidap kanser payudara dengan 61.3 peratus penghidap (468 hingga 699 kes) yang telah dicatat pada 2007 hingga 2015.

Menteri Kebajikan, Wanita dan Kesejahter­aan Komuniti Datuk Fatimah Abdullah turut mendedahka­n bahawa penjawat awam turut mencatat jumlah kedua tertinggi penghidap penyakit berkenaan iaitu sebanyak 12.2 peratus (melibatkan 93 hingga 699 kes) dalam tempoh yang sama.

“Mereka yang menghidap penyakit ini biasanya dalam lingkungan umur antara 41 hingga 55 tahun sebanyak 47.8 peratus manakala 56 hingga 70 tahun turut menjadi penyumbang kepada 31.7 peratus kes .

“Ini adalah antara kategori yang paling berisiko dan pemeriksaa­n kerap perlu dilakukan,” katanya ketika berucap di ‘The Pink Walk and Ride Hari Wanita 16 ( HW16)’ di pekarangan Dewan Undangan Negeri (DUN) lama semalam.

Turut hadir untuk merasmikan majlis adalah isteri Yang di-Pertua Negeri Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib.

Fatimah menyatakan bahawa kaum yang sering menjadi penghidap kanser payudara di negeri ini ialah kaum Cina iaitu sebanyak 36.9 peratus diikuti Melayu (36.1 peratus) dan Dayak (23.4 peratus).

Beliau menekankan kepentinga­n bahawa program-program yang dijalankan semalam membolehka­n wanita dan pasangan mereka untuk lebih memahami secara mendalam tentang kanser payudara yang menjadi pembunuh utama wanita di seluruh dunia. Program ‘Pink Walk and Ride HW16’ merupakan anjuran Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak dengan sokongan daripada Persatuan Kumpulan Sokongan Pink

Mereka yang menghidap penyakit ini biasanya dalam lingkungan umur antara 41 hingga 55 tahun sebanyak 47.8 peratus manakala 56 hingga 70 tahun turut menjadi penyumbang kepada 31.7 peratus kes. Datuk Fatimah Abdullah Menteri Kebajikan, Wanita dan Kesejahter­aan Komuniti

Ribbon yang disertai lebih daripada 1,000 orang walaupun dalam keadaan hujan renyai-renyai.

Antara aktiviti lain yang turut diselitkan dalam pen- ganjuran program adalah berbasikal (30km), pink walk (3km) untuk cabaran 10,000 langkah yang diiringi konvoi motosikal berkuasa tinggi.

Pada majlis itu, Toh Puan Ragad turut menyerahka­n RM50,000 kepada Persatuan Kumpulan Sokongan Pink Ribbon yang diwakili Presidenny­a Suriani Rapaiee.

 ??  ?? SIHAT: Fatimah (kanan) melepaskan peserta berbasikal (30km) yang turut disertai Toh Puan Ragad (tengah) di majlis itu semalam.
SIHAT: Fatimah (kanan) melepaskan peserta berbasikal (30km) yang turut disertai Toh Puan Ragad (tengah) di majlis itu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia