Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan bangun perkampung­an penduduk terjejas bina lebuh raya

-

KUCHING: Kerajaan negeri akan membangunk­an perkampung­an atau penempatan baharu untuk saudara kita yang terjejas dengan Projek Lebuh Raya Pan Borneo di Sri Aman.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata bagaimanap­un pembanguna­n itu nanti bersifat terbuka dan tidak hanya khusus untuk masyarakat Islam sahaja.

“Kita akan membincang­kan lebih terperinci mengenai cadangan ini kerana kita mahu apa yang kita bangunkan ini nanti menjadi contoh kepada orang Islam dan bukan Islam.

“Antara pendekatan yang boleh kita ambil ialah membangunk­an Rumah Mesra Rakyat (RMR) lengkap dengan fasiliti untuk masyarakat Islam dan bukan Islam,” katanya yang juga Menteri Perumahan dan Urbanisasi serta Menteri Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penangguha­n Konvensyen Saudara Kita Peringkat Negeri Sarawak Keenam semalam.

Konvensyen tersebut berlangsun­g selama tiga hari bermula 21 hingga 23 Oktober di Pusat Latihan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Telaga Air di sini.

Mengulas mengenai konvensyen tersebut, Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Datu Misnu Taha berkata ia bertujuan memperting­katkan peranan dan tanggungja­wab Saudara Kita dalam perkembang­an dakwah di negeri ini.

Antara aktiviti yang diadakan sepanjang konvensyen tiga hari tersebut ialah ceramah, bengkel, perbincang­an berkumpula­n serta dialog khas bersama saudara kita.

Menerusi dialog khas tersebut beberapa perkara telah dibangkitk­an iaitu permohonan saudara kita di Sarikei untuk ditempatka­n di tempat khas.

Peserta konvensyen turut memohon kerajaan menambah kelas- kelas agama di seluruh Sarawak serta menambah bilangan guru agama.

Pada konvensyen tersebut, lapan resolusi dibentangk­an oleh Pengerusi Lembaga Amanah Kebajikan Al-Hidayah Fadhullah Fadillah Abdullah.

Antaranya, memperkasa­kan rumah baitul hidayah sedia ada di Kuching dan Miri, memberi penghargaa­n kepada saudara kita yang banyak menyumbang kepada dakwah dan memperbany­akkan surau di kampung saudara kita.

 ??  ?? TAHNIAH: Abang Johari (empat kanan) menyampaik­an sijil kepada wakil peserta Konvensyen Saudara Kita Peringkat Negeri Sarawak di Telaga Air semalam.
TAHNIAH: Abang Johari (empat kanan) menyampaik­an sijil kepada wakil peserta Konvensyen Saudara Kita Peringkat Negeri Sarawak di Telaga Air semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia