Utusan Borneo (Sarawak)

Kelulusan akademik harus seimbang dengan kecemerlan­gan sahsiah

-

MIRI: Kecemerlan­gan pelajar bukan hanya bergantung kepada kelulusan akademik dan kokurikulu­m tetapi melalui pembentuka­n sahsiah dan jati diri pelajar ke arah lebih baik.

Setiausaha Politik Ketua Menteri Datuk Robert Laing berkata ibu bapa memainkan peranan penting dalam menyedia pendidikan sempurna untuk anak-anak.

“Bukan sahaja memastikan anak mendapat pendidikan formal tetapi ibu bapa juga harus membentuk sahsiah dan jati diri anak dengan sifat mulia,” katanya.

Beliau berkata demikian mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri Telang Usan Dennis Ngau pada Majlis Anugerah Pelajar SMK Dato Permaisuri di sini semalam.

Robert pada masa sama berkata, ibu bapa harus memantau anak mereka bagi memastikan golongan itu tidak terjebak dalam kegiatan tidak bermoral di sekolah.

“Apa sahaja perkara berlaku kepada anak, maka ibu bapa orang pertama harus tahu serta menunjukka­n mereka perkara yang betul kerana pendidikan juga harus bermula dari rumah,” katanya.

Robert pada majlis sama turut mengucapka­n tahniah kepada kira-kira 292 pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulu­m.

“Saya berharap pelajar yang lulus cemerlang dalam peperiksaa­n dan aktif memberi sumbangan dalam kokurikulu­m meneruskan usaha mereka yang dapat mengangkat nama sekolah,” katanya.

Bagi pelajar yang gagal pula katanya, tidak harus patah semangat sebaliknya menjadikan ia sebagai motivasi diri untuk memperbaik­i kelemahan bagi mencapai kejayaan pada masa akan datang.

Sementara itu, meskipun tidak hadir atas sebab urusan rasmi lain, Dennis turut mengumumka­n pemberian geran projek kecil luar bandar ( MRP) RM7,000 kepada SMK Dato Permaisuri.

Turut hadir Yang Dipertua Persatua Ibu Bapa dan Guru ( PIBG) SMK Dato Permaisuri Suif Alias, Pengetua SMK Dato Permaisuri Piel Adeng dan Penghulu Samion Ghani.

 ??  ?? TAHNIAH: Robert Laing (tiga kiri) menyampaik­an sijil dan anugerah kepada salah seorang pelajar cemerlang SMK Dato Permaisuri di Miri semalam.
TAHNIAH: Robert Laing (tiga kiri) menyampaik­an sijil dan anugerah kepada salah seorang pelajar cemerlang SMK Dato Permaisuri di Miri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia