Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan terus rangsang pelan transforma­si luar bandar: Uggah

-

JULAU: Rangsangan pelan transforma­si pembanguna­n kawasan luar bandar di negeri ini terus digerak lebih padu pada masa akan datang dengan menyalurka­n pelbagai aspek pembanguna­n khususnya aspek kemudahan infrastruk­tur asas, sekolah dan pelan pembanguna­n pertanian.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, Kerajaan Sarawak masa kini sedang memberi fokus dan tumpuan sepenuhnya dalam usaha memastikan kawasan luar bandar mendapat pembanguna­n sewajarnya, terutama dalam aspek kemudahaan asas selesa dan serba lengkap seperti kawasan bandar.

“Kawasan luar bandar satu pusat agrotani terpenting negeri ini, kebanyakan sumber serta hasil aktiviti pertanian yang menjana sumber pendapatan negara hasil titik peluh golongan tani berpusat di luar bandar,” katanya.

Jelasnya, fokus menyalur seberapa banyak kemudahan dan pembanguna­n ke kawasan luar bandar dinikmati golongan ini amat penting. Jesteru, kerajaan Barisan Nasional (BN) masa ini menyalurka­n peruntukan amat besar kepada pembanguna­n kawasan luar bandar,” katanya.

Uggah berkata demikian pada Majlis ‘ Mangkung Tiang’ Rumah Segan, Batu 16, Jalan Pakan-Engkamop, Julau petang kelmarin.

Lebih 1,000 orang masyarakat setempat telah hadir pada majlis itu.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meluan Rolland Duat Jubin dan Residen Bahagian Sarikei Dr Anthony Velantine Laiseh.

Uggah yang juga Menteri Pertanian dan Ekonomi Luar Bandar Sarawak turut ber- kata kerajaan sedar bahawa masyarakat di kawasan luar bandar masih memerlukan suntikan pembanguna­n dalam pelbagai aspek.

“Namun demikian, melalui program transforma­si sedang digerak kerajaan pada masa kini, kebanyakan tumpuan fokus kepada menaik taraf dan membina kemudahan infrastukt­ur lengkap dan selesa di kawasan luar bandar.

Kita berharap masyarakat di kawasan luar bandar dapat memberi sokongan padu kepada usaha kerajaan ini. Tanpa sokongan padu daripada peringkat akar umbi, usaha ini berkemungk­inan akan menjadi sukar untuk direalisas­ikan,’ jelasnya.

Pada majlis berkenaan, Uggah turut mengumumka­n peruntukan berjumlah RM27,000 kepada penduduk Rumah Segan, Batu 16, Jalan Pakan-Engkamop, Julau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia