Utusan Borneo (Sarawak)

Usahawan disaran lebih kreatif mempromosi­kan pemasaran produk

-

KUCHING: Para usahawan terutama yang bergiat dalam industri kecil dan sederhana (PKS) di seluruh negeri ini amnya dan di kawasan Parlimen Santubong, khasnya disaran lebih kreatif dalam usaha mempromosi­kan pemasaran produk masing-masing.

Menurut Menteri Muda Kemudahan Awam (Elektrik dan Telekomuni­kasi) Dr Abdul Rahman Junaidi, bagi mencapai tahap kreativiti, adalah amat wajar bagi usahawan untuk mengikuti program latihan kemahiran yang memberi pengetahua­n berkaitan pemasaran produk.

Selain itu jelasnya, dengan adanya penglibata­n aktif menerusi program kemahiran, ia juga diyakini dapat menyerlahk­an lagi kemahiran diri untuk menjadi usahawan berjaya.

“Saranan kepada mereka yang berhasrat menceburi keusahawan­an mahupun yang sudah menjadi usahawan, buanglah rasa segan dan malu untuk mencapai kejayaan.

“Libatkan diri secara aktif dalam sebarang penganjura­n program atau kursus kemahiran keusahawan­an yang diadakan di tempat-tempat anda bermula dari skala kecilkecil­an.

“Saya juga percaya, ada antara usahawan yang giat melibatkan diri dalam kursus sedemikian telah berjaya sehingga ada juga yang telah mencipta produk tersendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaia­n Sijil Unit Pendidikan Kemahiran (PKEM) Parlimen Santubong 2016 anjuran KEMAS Negeri Sarawak di Auditorium Sekolah Menengah Seni Malaysia di sini, baru-baru ini.

Tambah Ahli Dewan Un- dangan Negeri ( ADUN) Pantai Damai itu, penglibata­n menerusi kursus atau program kemahiran juga dapat membuka minda usahawan untuk lebih berdaya saing terutama bagi mempelajar­i kaedah untuk memasarkan produk mereka sejajar dengan kecanggiha­n teknologi hari ini.

“Tidak dinafikan pada zaman sekarang, cara mempromosi­kan produk kita dengan lebih berkesan dan mudah adalah melalui Internet.

“Justeru, program kemahiran yang dianjurkan ini diharap dapat menjadi pencetus minda kita agar menjadi usahawan berjaya, bukan hanya di peringkat dalam negeri, bahkan juga di peringkat antarabang­sa,” jelasnya sambil mengingatk­an peserta untuk terus merebut peluang yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS).

Antara objektif penganjura­n Majlis Penyampaia­n Sijil Unit PKEM itu ialah untuk memberi penghargaa­n menerusi sijil penyertaan kepada peserta Kelas Kemahiran KEMAS dalam bidang masakan, dandanan diri, jahitan, pendidikan kesejahter­aan keluarga, seni tangan dan literasi komputer.

Selain itu, ia juga sebagai memberi pengiktira­fan kepada peserta yang telah berjaya mendapat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang dianjur oleh jabatan melalui kaedah Pengiktira­fan Pencapaian Terdahulu (PPT).

Difahamkan seramai 250 peserta dalam kawasan Parlimen Santubong (DUN Tanjong Datu, DUN Pantai Damai dan DUN Demak Laut) menerima sijil unit tersebut.

Hadir sama ialah Pengarah KEMAS Negeri Sarawak Abang Rabaee Abang Muhi.

 ??  ?? TAHNIAH: Dr Abdul Rahman (empat kiri) menyampaik­an Sijil Unit PKEM kepada salah seorang peserta sambil disaksikan tetamu jemputan lain, baru-baru ini.
TAHNIAH: Dr Abdul Rahman (empat kiri) menyampaik­an Sijil Unit PKEM kepada salah seorang peserta sambil disaksikan tetamu jemputan lain, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia