Utusan Borneo (Sarawak)

Wartawan Utusan Borneo menangi beberapa kategori pada KJA 2016

-

KUCHING: Wartawan Utusan Borneo memenangi beberapa kategori pada Anugerah Kewartawan­an Kenyalang (KJA) 2016 yang berlangsun­g di salah sebuah hotel terkemuka di sini semalam. Antara kategori yang dimenangi Utusan Borneo ialah Anugerah Kewartawan­an Berita Kelestaria­n Sarawak Energy menerusi Agnes Tugong manakala Steve Annuar di tempat kedua bagi kategori yang sama.

Mohd Ghaz Ghazali pula memenangi kategori Anugerah Berita Sukan manakala Harry Ilias di tempat kedua juga bagi kategori yang sama.

Bagi kategori Anugerah Kewartawan­an Berita pula, wartawan Utusan Borneo berjaya memenangi tempat kedua menerusi Andy Sabang, Florence Nervyn, Michael Ubam dan Watt Zacchaeus secara berkumpula­n dan tempat ketiga menerusi Steve Annuar, Mohamad Norhadie Sahari, Mohd Achil Norlatep dan Clare Cinderella juga secara berkumpula­n.

Utusan Borneo turut memenangi tempat kedua bagi kategori Anugerah Kewartawan­an Berita dalam Bahasa Iban menerusi Lina Kunjak.

Pemenang pertama bagi setiap kategori di atas menerima hadiah wang tunai RM3,000 manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing menerima hadiah wang tunai RM2,000 dan RM1,000.

Sementara itu wartawan Borneo Post, mengunggul­i anugerah kali ini bagi kategori bahasa Inggeris dan hampir menyapu bersih kesemua kategori yang dipertandi­ngkan.

Antara kategori yang dimenangi oleh Borneo Post ialah Anugerah Kewartawan­an Kenyalang Ketua Menteri bagi bahasa Inggeris menerusi Lai Pek Sian sekali gus menerima hadiah wang tunai RM5,000.

Mohd Abdullah Jamin dan Wilfred Pilo masing-masing memenangi tempat pertama dan kedua bagi Anugerah Kewartawan­an Berita.

Anugerah Berita Sukan Bahasa Inggeris juga dimenangi Borneo Post menerusi Danielle Sendou Ringgit termasuk tempat kedua dan ketiga menerusi Philip Wong dan Mohd Ghaz.

Bagi Anugerah Kewartawan­an Berita Kelestaria­n Sarawak Energy pula telah dimenangi oleh Lai Pek Sian manakala dua lagi rakan daripada Borneo Post iaitu Irence C dan Rintos Mail masing- masing di tempat kedua dan ketiga.

Wartawan Borneo Post turut menyapu bersih kate- gori Perniagaan dan Ekonomi menerusi Ronnie Teo di tempat pertama dan Jude Toyat serta Sharon Kong masing- masing di tempat kedua dan ketiga.

Rintos turut memenangi tempat pertama dan kedua Anugerah Kewartawan­an Pembanguna­n Luar Bandar dan Kesejahter­aan Masyarakat manakala Jane Moh di tempat ketiga.

Majlis tersebut telah dihadiri oleh Menteri Kebajikan, Wanita dan Kesejahter­aan Komuniti Datuk Fatimah Abdullah mewakili Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.

 ??  ?? CEMERLANG: Wartawan Utusan Borneo dan Borneo Post merakamkan gambar kenangan selepas menerima anugerah masing-masing pada KJA 2016 di Kuching malam kelmarin.
CEMERLANG: Wartawan Utusan Borneo dan Borneo Post merakamkan gambar kenangan selepas menerima anugerah masing-masing pada KJA 2016 di Kuching malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia