Utusan Borneo (Sarawak)

Morshidi, Norizah teruja terima rumah baharu

-

SIBU: Tiada kata dapat menterjema­hkan kegembiraa­n pasangan suami isteri apabila rumah yang musnah dalam kebakaran April tahun lalu di Kampung Bahagia Jaya Teku di sini diganti kediaman baharu dibina Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak.

Ucapan terima kasih dan syukur tidak putus daripada bibir Mohd Morshidi Junaidi, 63, dan isterinya Norizah Mohd Rapaee, 70, kepada jabatan bomba serta pihak terlibat atas bantuan penuh makna tersebut dengan pembinaan semula rumah beliau di bawah Program Strategi Lautan Biru Kebangsaan Ke-7 (NBOS7).

Mengenang kembali peristiwa hitam itu, menurut Morshidi, kemarakan api yang meranapkan 100 peratus rumahnya masih segar dalam ingatannya dan isteri.

“Masa itu saya dan isteri hampir patah semangat dan buntu memikirkan nasib yang akan kami lalui seterusnya.

“Bersyukur, kerana jasa Dr Annuar Rapa’ee (Ahli Dewan Undangan Negeri Nangka), kami ditempatka­n buat sementara waktu di kediaman flat di Rantau Panjang, sehinggala­h bantuan daripada Jabatan Bomba ini kami terima.

“Malah rumah dibina ini sangat selesa dan saya benarbenar menyukainy­a,” kata Morshidi ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Kunci Rumah Projek Pembinaan Semula Rumah Terbakar, di Kampung Bahagia Jaya Teku di sini, semalam.

Morshidi sudah tidak bekerja lagi dan mempunyai dua anak perempuan yang berkahwin dan tidak bekerja dan sebab itu, beliau mempunyai kesulitan membina semula kediaman dengan kos sendiri.

Terdahulu penyerahan kunci rumah telah disempurna­kan oleh Temenggung Datuk Wan Hamid Edruce dan turut disaksikan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sarawak Nor Hisham Mohammad.

Hadir sama Ketua BBP Zon 4 Sibu Abdul Mutalib Rasyid, pegawai- pegawai bomba, penghulu, ketua masyarakat dan penduduk setempat.

Sementara itu, dalam ucapannya, Nor Hisham berkata rumah tersebut berjaya disiapkan dalam masa 79 hari yang bermula 25 Julai lalu dengan tenaga kerja daripada enam anggota bomba.

“Untuk makluman, sebuah rumah ini kita peruntukan kos sebanyak RM50,000, termasuk kos untuk bahan mentah dan upah seperti makan dan minuman anggota kita yang terlibat dalam pembinaan rumah ini,” katanya.

Dalam pada itu, beliau mendedahka­n bahawa sebanyak 11 unit telah berjaya disiapkan daripada keseluruha­n projek pembinaan rumah JBPM Sarawak yang bermula pada 2013 hingga 2016 manakala 19 projek baik pulih rumah untuk golongan e-Kasih bagi tahun 2016 telah dilaksanak­an.

“Untuk tahun ini sahaja, Jabatan Bomba Sarawak telah melaksanak­an empat projek pembinaan rumah terbakar dan pembinaan rumah rakyat miskin bagi tahun 2016.

“Daripada jumlah itu, pembinaan rumah Morshidi merupakan projek ketiga yang telah siap dibina bagi tahun 2016 daripada empat projek,” tambahnya.

Sehubungan itu, jelasnya, peranan Jabatan Bomba pada masa kita telah menjadi lebih luas, di mana tidak hanya tertumpu kepada tugas-tu- gas memadam kebakaran, sebagai penyelamat, malah turut membantu dari segi kebajikan masyarakat serta membantu kerajaan membantu rakyat.

“Mengapa kita sanggup menjalanka­n kerja- kerja seperti ini, kerana kita memahami keperitan yang dihadapi oleh mangsa kebakaran,” ujarnya.

Turut berucap pada majlis itu ialah Wan Hamid yang meluahkan rasa penghargaa­n beliau kepada Jabatan Bomba kerana telah meringanka­n beban Morshidi sekeluarga.

Beliau berharap lebih ramai golongan yang memerlukan dapat dibantu oleh Jabatan Bomba di negeri ini.

 ??  ?? ALBUM: Semua pihak terlibat bergambar kenangan di hadapan rumah baharu Morshidi (bersongkok,tengah).
ALBUM: Semua pihak terlibat bergambar kenangan di hadapan rumah baharu Morshidi (bersongkok,tengah).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia