Utusan Borneo (Sarawak)

Daftar nombor telefon dengan LAS permudah sebaran notis

-

SIBU: Seramai 40,222 daripada 78,449 pelanggan Lembaga Air Sibu ( LAS) mendaftar nombor telefon bimbit di LAS setakat ini, kata Pengurus Besar LAS Datuk Alice Jawan Empaling.

Jelasnya, LAS menggalak pelanggan mendaftar nombor telefon bimbit masing-masing untuk memudahkan LAS memberitah­u pelanggan jika terdapat gangguan berjadual dan tidak berjadual dalam sistem.

“Selain itu, LAS juga menyediaka­n laman sosial Facebook yang turut mempamer notis sekiranya terdapat gangguan bekalan air,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media di Loji Perawatan Air Salim, Lembaga Air Sibu, KM5 Jalan Salim pada Hari Terbuka dan Hari Bersama Pelanggan Lembaga Air Sibu sempena sambutan Hari Air Sedunia 2016 kelmarin.

Alice juga menjelaska­n bahawa LAS turut menjemput kaunselor Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) yang diketuai Timbalan Pengerusi MDLBS Robert Lau Hui Yew untuk bersama-sama menghadiri program yang diadakan pada hari berkenaan.

“Ini adalah usaha LAS merapatkan hubungan antara kedua-dua belah pihak di samping berhasrat supaya ahli majlis mengenal lebih lanjut fungsi dan peranan LAS serta kaedah perawatan air terkini,” jelasnya.

Antara aktiviti yang dijalankan untuk orang ra- mai ialah lawatan ke Loji Perawatan Air, Kaunter Perkhidmat­an Pelanggan, tayangan video, cabutan bertuah, pertanding­an mewarna (untuk kanak-kanak 12 tahun dan ke bawah), pertanding­an kuiz (untuk semua pelawat) dan kaunter PTPTN.

Pada sebelah petang, seramai lima Rakan Jumlah Air Tanpa Hasil ( NRW) dan lima Rakan AIR LAS telah menghadiri sesi taklimat NRW dan melawat ke loji perawatan air.

“Pihak LAS ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapka­n terima kasih kepada semua pelawat dan peserta kerana sudi menyertai program Hari Terbuka dan Hari Bersama Pelanggan LAS pada tahun ini,” tambah Alice.

 ??  ?? CEGAH RASUAH: Shamshun (baris kedua, tengah) bersama tetamu kehormat lain merakam kenangan dengan pelajar IKM Kuching sempena Majlis Perasmian SPR IPMA 2016 di IKM Kuching, semalam.
CEGAH RASUAH: Shamshun (baris kedua, tengah) bersama tetamu kehormat lain merakam kenangan dengan pelajar IKM Kuching sempena Majlis Perasmian SPR IPMA 2016 di IKM Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia