Utusan Borneo (Sarawak)

Pelajar sanggup merasuah untuk lulus peperiksaa­n

Terdapat pelajar IPT yang melakukan rasuah untuk mendapatka­n kelulusan dalam peperiksaa­n: Shamshun

- Oleh Nick Fletcher

KUCHING: Terdapat di kalangan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang melakukan rasuah untuk mendapatka­n kelulusan dalam peperiksaa­n, kata Timbalan Ketua Pesuruhjay­a ( Pencegahan) Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil.

Justeru, katanya, situasi seperti itu sangat membimbang­kan jika tidak ditangani di mana pelajar IPT merupakan aset penting kepada pembanguna­n dan hala tuju negara pada masa depan.

“Kesalahan rasuah di kalangan pelajar memang pernah berlaku yang melibatkan pelajar untuk menaikkan gred dan lulus peperiksaa­n.

“Malah, kami juga pernah menyiasat dan membuat pertuduhan ke atas pelajar terbabit,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Majlis Perasmian Penutupan Program Peningkata­n Integriti dan Pencegahan Rasuah Sekretaria­t Pencegahan Rasuah Institut Pendidikan MARA (SPR IPMA) 2016 di Institut Kemahiran MARA (IKM) Kuching di sini, semalam.

Terdahulu, Shamshun berkata sebanyak 55 peratus daripada jumlah tangkapan rasuah yang dibuat sejak tiga tahun kebelakang­an ini adalah melibatkan golongan yang berumur 40 tahun ke bawah.

Sehubungan itu, beliau berkata SPR IPMA merupakan usaha penting untuk menerapkan nilai antirasuah, salah guna kuasa dan penyelewen­gan di kalangan pelajar IPT.

Pada masa sama, katanya ia juga dapat mendedahka­n para pelajar IPT kepada program pencegahan rasuah.

“SPRM berharap dengan penyertaan mahasiswa dalam sekretaria­t ini maka ia dapat menjadikan pelajar IPT sebagai penyampai mesej antirasuah kepada masyarakat kampus dan luar kampus,” katanya.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah MARA (Pendidikan) Abdul Halim Abas dan Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM Abdul Samat Kasah.

Kesalahan rasuah di kalangan pelajar memang pernah berlaku yang melibatkan pelajar untuk menaikkan gred dan lulus peperiksaa­n. Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil Ketua Pesuruhjay­a (Pencegahan) Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia