Utusan Borneo (Sarawak)

Kelab Sukan Rekreasi Top Gear Kuching mahu perluas cawangan

-

SRI AMAN: Kelab Sukan Rekreasi Top Gear Kuching berhasrat memperluas­kan cawangan kelab berkenaan ke seluruh negeri ini dan setakat ini bilangan ahli kawasan Kuching, Samarahan serta Sri Aman mencecah 69 orang.

Pengerusi Kelab Shahmizal Razmi berkata, di Kuching seramai 34 ahli manakala Samarahan 25 ahli dan Sri Aman seramai 10 ahli.

“Selepas kelab ini didaftar sebagai sebuah kelab di Sarawak pada 21 September lalu, kami bercadang memperluas­kan cawangan ke seluruh Sarawak,” katanya kepada Utusan Borneo di sini semalam.

Menurutnya, pihaknya turut mempelawa belia yang berminat menyertai kelab berkenaan agar berhubung dengan pihaknya dengan membawa salinan kad pengenalan berserta yuran keahlian sebanyak RM12.

“Buat masa ini, kelab ini diterajui saya sendiri selaku pengerusi manakala timbalan pengerusi pula ialah Nur Elfira Ezaraa Napi manakala setiausaha pula adalah Mohd Irsyaduddi­n Hasiff Sepuwan dan bendahari kelab adalah Ronald Chapane Paul Brang- king,” katanya.

Tambahnya lagi, pelbagai program disertai kelab ini setakat ini termasuk Konvoi ke Pantai Pandan, Konvoi Ke Air Terjun Santubong, Samarahan Bike Week dan Benak Bike Festival.

“Untuk perancanga­n program yang akan datang, pihak kami akan mengambil bahagian dalam Pesta Lundu dan Pesta Sebuyau,” katanya.

Dalam pada itu, pada perancanga­n tahun 2017 nanti, pihaknya bercadang membuka cawangan di Sibu dan Miri,” katanya.

 ??  ?? UNTUK BELIA: Shahmizal (berdiri, tiga kanan), Nur Elfira (berdiri, kanan), Ronald (berdiri, empat kiri) serta ahli kelab yang lain semasa ditemui Utusan Borneo semalam.
UNTUK BELIA: Shahmizal (berdiri, tiga kanan), Nur Elfira (berdiri, kanan), Ronald (berdiri, empat kiri) serta ahli kelab yang lain semasa ditemui Utusan Borneo semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia