Utusan Borneo (Sarawak)

PGQBK anjurkan Kursus Tahsin Al-Quran, 5-6 Nov

-

KUCHING: Persatuan Guru Al-Quran Bahagian Kuching ( PGQBK) menganjurk­an Kursus Tahsin Al-Quran kepada masyarakat Islam di sekitar Kuching dan Samarahan pada 5 dan 6 November ini.

Diadakan di Hotel Dormani, Jalan Ajibal Abol di sini, ia akan dimulakan bermula jam 8 pagi hingga 4 petang serta bakal menampilka­n empat fasilitato­r terhebat dalam bidang al-Quran di negeri ini.

Barisan fasilitato­r termasuk Ustaz Ismawi Duet yang merupakan hakim Tilawah Al- Quran Peringkat Negeri Sarawak, Peringkat Kebangsaan dan Peringkat Antarabang­sa serta dua lagi hakim Tilawah Al-Quran Peringkat Bahagian dan Peringkat Negeri Sarawak iaitu Ustaz San’ani Fauzi dan Ustaz Mustapha Kamal Fauzi.

Turut membimbing peserta kelak ialah Pengerusi PGQBK Mohamad Yasin Pakir yang juga johan Qari Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Sarawak dan hakim Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Kuching.

Menurut Mohamad Yasin kursus ini bertujuan membantu umat Islam terutama mereka yang berhajat menyertai tilawah al-Quran di pelbagai peringkat di negeri ini.

“Pada masa sama, kursus ini juga mengalu- alukan kehadiran para imam masjid dan surau untuk meningkatk­an lagi kesempurna­an bacaan masing- masing dalam bidang al-Quran terutama Surah Al-Fatihah.

“Selain itu, kursus ini bertujuan menggalakk­an umat Islam terutama generasi muda supaya terus mencintai dan gemar membaca al-Quran dan seterusnya sentiasa mahu belajar meningkatk­an mutu bacaan masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan media, semalam.

Sehubungan itu, umat Islam di sekitar Kuching dan Samarahan dialu-alukan menyertai kursus ini dan mereka yang akan menyertai kursus tersebut akan dikenakan yuran RM50 seorang bagi menampung kos pengurusan, makan dan minum sepanjang kursus diadakan.

Manakala pihak jawatankua­sa pengurusan masjid dan surau juga digalak menghantar para imam atau ahli kariah masjid dan surau masing-masing untuk menyertai kursus yang berguna ini.

Individu berminat bolehlah menghubung­i ahli jawatankua­sa PGQBK iaitu Abdul Sahmat Meterang ( 019- 8883479), Nordin Putit (019-4597138) Hamli Bujang (0128899851) dan Othman Ibrahim ( 0109765149) untuk pertanyaan dan pendaftara­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia