Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan BN sangat komited salurkan sebanyak mungkin pembanguna­n

-

ENGKILILI: Kerajaan Barisan Nasional (BN) sangat komited dalam menyalur sebanyak mungkin pembanguna­n untuk Sarawak dan pastinya warga Engkilili sangat teruja dan berterima kasih atas penyaluran pembanguna­n terutama di luar bandar.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Engkilili) Dr Johnical Rayong Ngipa, masyarakat luar bandar pastinya menjangkak­an lebih banyak pembanguna­n untuk mereka memandangk­an sokongan yang tidak berbelah bahagi mereka terhadap kerajaan dan ia sudah dibuktikan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini.

“Saya yakin dan percaya bahawa kerajaan BN sama sekali tidak mengabai keperluan mendesak kita di luar bandar dan sedaya upaya menyalurka­n sebanyak mungkin pembanguna­n untuk anda mengikut keperluan di sesuatu kawasan agar jurang pembanguna­n bandar dan luar bandar dapat dirapatkan.

“Malah adalah menjadi keutamaan kepimpinan tertinggi BN diketuai Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem dan barisan kabinetnya serta wakil-wakil rakyat BN bekerja keras untuk membantu rakyat di bawah naungan masing- masing,” katanya ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Tayan, Nibong, Engkilili semalam.

Bercakap lanjut, Dr Rayong mahu rakyat terutama penduduk di luar bandar segera merebut peluang yang disedia kerajaan menerusi agensinya terutama dalam bidang pertanian dan perternaka­n secara komersial.

“Ketika ini, kerajaan sangat mengalakka­n rakyat terutama pemilik tanah agar merebut peluang dalam bidang pertanian selain penternaka­n kerana ia mampu menjana pendapatan lumayan jika diceburi dengan bersungguh-sungguh...harus diingat kita perlu berfikir di luar kotak pemikiran dan tidak menganggap bidang pertanian dan perternaka­n kelas kedua sebaliknya menganggap pertanian satu perniagaan,” ujarnya.

“Apa guna kita memiliki keluasan tanah berpuluh-puluh ekar malah ada yang mencapai ratusan ekar namun tanah itu ditumbuhi semak samun dan lalang?” soalnya sambil mahu pemilik tanah belajar daripada kaum lain yang berjaya dalam bidang pertanian mahupun perternaka­n dengan tanah hanya sekangkang kera namun berupaya menjana pendapatan puluhan ribu ringgit sebulan.

Tambahnya, rakyat harus merebut peluang pembanguna­n di sekitar mereka seperti jaringan jalan raya yang sudah berada di depan mata selain bekalan elektrik 24 jam dengan memberi tumpuan secara serius dalam bidang pertanian dan agropertan­ian.

“Kerajaan mahu melihat rakyat di luar bandar mempunyai pendapatan melebihi RM4,000 sebulan menjelang tahun 2020 atau lebih sedikit kerana ia mampu mengeluark­an kita daripada kepompong kemiskinan, justeru kerajaan sedaya upaya menyediaka­n pelbagai dana dan skim latihan agar matlamat kerajaan mahu melihat rakyat berpendapa­tan tinggi tercapai,” katanya.

Pada majlis sama, Dr Rayong turut mengumumka­n pemberian geran MRP kepada Ahli Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Rumah Tayan bernilai RM7,000 sebagai dana aktiviti tahunan mereka.

Hadir sama ke majlis itu ialah Penghulu Gerang Anchih, Penghulu Inchang Anchih, Naib Pengerusi UPP Engkilili Peter Jawi, kaunselor, tuai-tuai rumah serta masyarakat sekitar DUN Engkilili di sini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia