Utusan Borneo (Sarawak)

Parkir kereta bertingkat di Medan Niaga Satok

Projek bernilai RM6 juta itu sudah dilulus, dilaksana tahun depan dengan tempoh pembinaan 18 bulan

- Oleh Nick Fletcher

KUCHING: Tempat letak kereta bertingkat bernilai RM6 juta akan dibina di Medan Niaga Satok bagi menjadikan ia sebagai salah tempat tumpuan di sini, sekali gus menarik kehadiran lebih ramai pengunjung terutama pelancong asing.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata projek tersebut sudah diluluskan dan dijadual dilaksana- kan pada tahun depan, dengan tempoh pembinaan selama 18 bulan untuk disiapkan.

“Tempat letak kereta ini akan dibina tiga tingkat dan menyediaka­n 227 ruang letak kereta,” katanya semasa men- gadakan lawatan ke Medan Niaga Satok, semalam.

Selain itu, Abang Johari yang juga Menteri Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan berkata beliau akan berbincang dengan Dewan Bandaraya Kuching Utara ( DBKU) untuk membina dermaga dari Kubah Ria ke kawasan letak kereta tersebut bagi meningkatk­an infrastruk­tur di tebingan sungai di situ.

Katanya pembinaan dermaga tersebut dianggarka­n menelan kos antara RM3 juta hingga RM4 juta.

Pada masa sama, beliau berkata turut merancang mengembali­kan jambatan pejalan kaki Satok yang kini rosak sejak beberapa tahun lalu, kerana ia adalah sebahagian daripada mercu tanda yang bersejarah dan warisan di kawasan Satok.

“Ini juga mungkin menelan kos yang agak tinggi dan diletakkan di bawah dana negeri,” katanya.

Beliau menambah, Medan Niaga Satok juga akan dilengkapi dengan kemudahan untuk golongan ‘busker’.

“Saya telah mencadangk­an kepada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) supaya menyediaka­n pentas terbuka untuk para busker membuat persembaha­n,” katanya.

Turut hadir Pengarah FAMA Sarawak Paza Dan.

Tempat letak kereta ini akan dibina tiga tingkat dan menyediaka­n 227 ruang letak kereta. Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg Timbalan Ketua Menteri

 ??  ?? IKHLAS: Dr Rayong (tengah) menerima cenderamat­a daripada Tuai Rumah Tayan (empat kanan) sambil diperhatik­an Gerang (tiga kanan), Inchang (tiga kiri), Peter Jawi (dua kiri) serta yang lain semalam.
IKHLAS: Dr Rayong (tengah) menerima cenderamat­a daripada Tuai Rumah Tayan (empat kanan) sambil diperhatik­an Gerang (tiga kanan), Inchang (tiga kiri), Peter Jawi (dua kiri) serta yang lain semalam.
 ??  ?? PERANCANGA­N: Abang Johari dan Paza melihat pelan pembinaan tempat letak kereta bertingkat Medan Niaga Satok di pejabat FAMA, semalam.
PERANCANGA­N: Abang Johari dan Paza melihat pelan pembinaan tempat letak kereta bertingkat Medan Niaga Satok di pejabat FAMA, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia