Utusan Borneo (Sarawak)

Pelantikan tuai rumah kawasan Marudi dibuat secara demokrasi: Penguang

-

MARUDI: Menteri Muda Kerajaan Tempatan Datu Dr Penguang Manggil sekali lagi mengingatk­an bahawa pelantikan tuai rumah panjang dalam konstituen­si Marudi akan dilakukan secara demokrasi berdasarka­n kehendak serta suara ramai penghuni rumah panjang.

Katanya beliau tidak mahu lagi menyaksika­n pelantikan tuai rumah berdasarka­n kemahuan sesetengah pihak berkepenti­ngan semata-mata kerana pelantikan seperti itu boleh menjurus kepada perpecahan sesebuah rumah panjang.

Pada masa sama, beliau juga mahu pemimpin seperti tuai rumah dan ketua masyarakat dilantik terutama atas kemahuan penduduk, perlu menunjuk kepimpinan dan sikap yang baik serta berlaku adil kepada semua pihak terutama anak buah masing-masing.

Dalam perkembang­an berkaitan, beliau mengingatk­an mereka supaya memasti dan menasihati anak buah masing- masing agar tidak menghasut dan memburukka­n kerajaan sebaliknya membuat teguran mengguna saluran betul.

“Jika anda ingin menegur atau berasa tidak puas hati, lakukanlah menggunaka­n saluran dan cara yang betul.

“Saya sedia mendengar dan membantu menyelesai­kan masalah dan menjawab kekeliruan atau ketidakpua­san hati anda semua,” katanya.

Beliau memberitah­u demikian semasa berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah James Ugil Mekun di Sungai Nakat, Bukit Song dalam kawasan Bakong petang Sabtu lalu.

Sementara itu, Penguang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi turut mengingatk­an penduduk supaya melupakan sengketa dan perselisih­an faham lama sebaliknya terus bersatu dan bersama- sama memajukan daerah Marudi dan Baram.

“Saya percaya sepanjang menjadi wakil rakyat Barisan Nasional (BN) di Marudi, banyak pencapaian kita sudah lihat sejak lima bulan lepas.

“Apa yang saya dan anda semua lakukan adalah kerjasama yang wajar diteruskan agar kita dapat melangkah maju,” katanya.

Pada majlis tersebut, Penguang menyampaik­an cek projek kecil luar bandar (MRP) berjumlah RM5,000 untuk Biro Wanita Rumah James Ugil dan RM80,000 daripada kerajaan persekutua­n untuk Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Rumah James Ugil.

Hadir sama Setiausaha Politik Ketua Menteri Alexander Asing John Sadai, Penghulu Sedu Gerang serta ketua-ketua kaum yang lain.

 ??  ?? UNTUKMU: Wakil JKKK Rumah James Ugil (kanan) menerima geran daripada Penguang (dua kanan) sambil disaksikan Alexander (dua kiri) dan yang lainnya.
UNTUKMU: Wakil JKKK Rumah James Ugil (kanan) menerima geran daripada Penguang (dua kanan) sambil disaksikan Alexander (dua kiri) dan yang lainnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia