Utusan Borneo (Sarawak)

Semangat tinggi tonggak kemampanan pembanguna­n negara

-

KUCHING: Semangat tinggi dan ingin membantu para sukarelawa­n akan menjadi tonggak kepada pembanguna­n negara yang mapan.

Demikian ujar Menteri Muda Pendidikan Awal Kanak- kanak dan Pembanguna­n Keluarga Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali sambil menambah, Sarawak menuju ke arah yang betul.

“Ini adalah amat penting, JKM sedang melatih dan menuju kearah tuju ini.

“Justeru, kita mahukan lebih ramai sukarelawa­n dalam komuniti yang terlibat dalam kerja- kerja kebajikan,” katanya ketika berucap pada Persidanga­n Jabatan Sukarelawa­n Kebajikan Sarawak dan Majlis Anugerah Sukarelawa­n JKM 2016 di sini malam kelmarin.

Beliau memberi perkongsia­n terhadap kerja- kerja kebajikan yang dijalankan dalam kawasan Petra Jaya melalui program sukarelawa­n dengan mengadakan lawatan dan memberi khidmat kepada mereka yang memerlukan.

“Teruja rasanya melihat ia berlaku di sini dan ramai antara mereka di sini yang akan diiktiraf untuk mendapat anugerah,” ujarnya.

Tegasnya, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sangat banyak membantu kerajaan, turut menjadi penganjur acara seperti Paralimpik dan ‘Internatio­nal White Cane Day’.

Katanya setiap aktiviti dan program yang dijalankan sememangny­a melibatkan ramai sukarelawa­n dan kita sudah selangkah ke hadapan dalam usaha menuju kearah negara maju.

Sharifah Hasidah mewakili Menteri Kebajikan, Wanita dan Kesejahter­aan Komuniti Datuk Fatimah Abdullah pada majlis itu.

 ??  ?? KENANGAN: Hasidah (tengah, belakang) bergambar bersama semua penerima anugerah pada majlis itu kelmarin.
KENANGAN: Hasidah (tengah, belakang) bergambar bersama semua penerima anugerah pada majlis itu kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia