Utusan Borneo (Sarawak)

Kraf tangan plastik mampu jana pendapatan

Ia dihasilkan untuk kegunaan keluarga sendiri sebaliknya mampu dijual ke kawasan lain

- Oleh Kelvin Lambai

Saya percaya kaum wanita kita hari ini semakin hari semakin kreatif, mereka bukan hanya mampu membuat kraf tangan yang diperbuat daripada plastik sebaliknya ramai wanita hari ini mahir menganyam tikar mahupun bakul menggunaka­n tali dagat, ada wanita menghasilk­an kraf tangan menggunaka­n surat khabar dan sebagainya.

MALUDAM: Penghasila­n produk kraf tangan daripada plastik mampu menjana pendapatan kaum wanita di kawasan luar bandar, kata Pengerusi Majlis Pembanguna­n Wanita dan Keluarga (MPWK) Parlimen Batang Lupar Zuraida Julai.

Beliau berkata, produk kraf tangan seperti ini bukan setakat dihasilkan untuk digunakan oleh keluarga sendiri sebaliknya ia mampu dijual ke kawasan lain untuk menjana pendapatan.

“Saya percaya kaum wanita kita hari ini semakin hari semakin kreatif, mereka bukan hanya mampu membuat kraf tangan yang diperbuat daripada plastik sebaliknya ramai wanita hari ini mahir menganyam tikar mahupun bakul menggunaka­n tali dagat, ada wanita menghasilk­an kraf tangan menggunaka­n surat khabar dan sebagainya,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menutup rasmi Program Peningkata­n Kemahiran (Bunga Plastik) anjuran Majlis Pembangu-

Zuraida Julai Pengerusi MPWK Parlimen Batang Lupar

nan Wanita dan Keluarga (MPWK) Parlimen Batang Lupar di Rumah Kunjang Reja, Sungai Daun, Maludam dekat sini semalam.

Dalam pada itu, beliau turut mengharapk­an kaum wanita di luar bandar tidak melepaskan peluang untuk menyertai kursus- kursus seperti ini kerana hasil daripada kursus ini mereka mampu membangunk­an keluarga dan diri mereka sendiri.

“Jangan kita memikirkan setiap kraf tangan yang kita hasilkan itu tidak mendapat keuntungan sebaliknya, kraf tangan yang kita hasilkan itu mampu meningkatk­an pendapatan kita.

“Kerajaan berharap kaum wanita yang sudah mempunyai kemahiran menghasilk­an kraf tangan seperti ini agar jangan takut mencuba untuk memasarkan produk mereka ke kawasan lain,” jelasnya.

Ini kerana katanya, inilah peluang mereka (wanita) untuk mengetenga­hkan bakat dan produk hasil tangan mereka kepada masyarakat luar.

“Cari segala peluang bagaimana untuk memasarkan produk kita itu dan sekiranya perlu dan ingin mendapatka­n bantuan mana- mana agensi kerajaan, jangan sesekali malu bertanya kerana banyak agensi kerajaan yang relevan sebagai contohnya Kementeria­n Pelanconga­n dan sebagainya,” katanya.

Beliau turut memuji penglibata­n kaum wanita dari rumah panjang ini menerusi program ini kerana penganjura­n program ini dalam usaha membantu kaum wanita di luar bandar meningkatk­an ekonomi mereka.

“Kita akan meneruskan usaha dalam menganjurk­an program yang membantu meningkatk­an ekonomi wan- ita dan keluarga dari semasa ke semasa,” ujarnya.

Sementara itu, Zuraida menjelaska­n bahawa objektif utama program ini dianjurkan adalah untuk membekalka­n para peserta dengan ilmu dan kemahiran dalam bidang kraf tangan.

Turut hadir Penolong Pegawai Penyelaras­an Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lingga, Parlimen Batang Lupar Zaleha Jamal serta ketua masyarakat setempat. Seramai 65 wanita menyertai program berkenaan. SONG: Lebih 150 orang mewakili pelbagai agensi serta jabatan kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan ( NGO), ketua masrakat serta penduduk setempat mengikuti Program Gotong-Royong Perdana Peringkat Daerah Song, kelmarin.

Program ini telah berlangsun­g di sekitar pekan Song dan kawasan sekitar tebingan Sungai Rejang.

Antara aktiviti dijalankan ialah mencari dan memusnahka­n tempat pembiakan nyamuk aedes, membersihk­an parit, memotong rumput dan membersihk­an kawasan yang berpotensi sebagai lokasi pembiakan nyamuk aedes.

Objektif utama program ini diadakan adalah untuk menghapusk­an kawasan tempat pembiakan nyamuk aedes di persekitar­an kawasan pekan Song supaya bebas nyamuk aedes.

Selain itu juga, program ini turut berfungsi sebagai penyalur pengetahua­n kepada semua agensi kerajaan, agensi swasta, NGO dan orang ramai mengenai bahayanya nyamuk aedes dan penyakit demam denggi.

Antara yang turut hadir sama pada program ini ialah Pegawai Pendidikan Daerah ( PPD) Song Duncan Luta, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitar­an Kanan Pejabat Kesihatan Daerah Song Kana Lakui, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Song Lau Tua Beng, Pegawai Daerah Song SAO Syamsury Omar, Pegawai Menguasa Majlis Daerah Kapit Cawangan Song Fatimah Elam serta beberapa ketua jabatan kerajaan yang lain.

 ??  ?? TURUT SERTA: Zuraida (kanan) bersama para peserta cuba menghasilk­an bunga plastik semasa berlangsun­gnya program berkenaan semalam.
TURUT SERTA: Zuraida (kanan) bersama para peserta cuba menghasilk­an bunga plastik semasa berlangsun­gnya program berkenaan semalam.
 ??  ?? PERTAHAN: Wong (kiri) dan Kelvin bergambar di hadapan rumah pangsa KMC di Kuching kelmarin.
PERTAHAN: Wong (kiri) dan Kelvin bergambar di hadapan rumah pangsa KMC di Kuching kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia