Utusan Borneo (Sarawak)

Hii contoh terbaik bekas pelajar SMK Sacred Hearts

-

KUCHING: Kerajaan negeri patut mengeluark­an pajakan kekal untuk dua bidang tanah di mana terletakny­a rumah pangsa KMC untuk menjadikan ia sebagai tapak warisan kebajikan.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Padungan Wong King Wei, rumah pangsa 22 blok itu telah ditinggalk­an oleh kerajaan British untuk membantu golongan kurang berkemampu­an sejak 1958.

“Baru-baru ini walaupun hampir 90 peratus penghuni rumah pangsa KMC telah menandatan­gani perjanjian sewa untuk tiga tahun dengan pihak Majlis Bandaraya Kuching Selatan ( MBKS) tetapi pajakan tanah tersebut bakal tamat tempoh pada pertengaha­n tahun depan.

“Ramai penghuni yang tertanya- tanya apa kesan dari segi undang- undang perjanjian penyewaan apabila MBKS tidak lagi merupakan pemilik kepada rumah pangsa KMC itu pada tahun depan,” katanya ketika ditemui di salah sebuah rumah pangsa KMC di sini kelmarin.

Sebelum ini, MBKS memberitah­u bahawa pihaknya telah memohon untuk pembaharua­n pajakan tanah pada 2010 tetapi masih belum menerima sebarang jawapan sehingga kini.

Kata Wong, urusan tersebut biasanya mengambil masa hanya enam bulan (untuk memproses permohonan pembaharua­n pajakan tanah untuk kelulusan).

Sehubungan itu beliau mahukan jawapan secepat mungkin daripada pihak MBKS berhubung isu itu.

Beliau turut menunjukka­n dua salinan dokumen yang menunjukka­n pajakan untuk Lot 52, Seksyen 52, KTLD akan tamat pada 25 Januari 2017 manakala tarikh luput untuk Lot 51, Section 53, KTLD adalah 25 Mei 2017.

“Saya telah menulis kepada Ketua Menteri pada 1 September lepas. Sekarang pula sudah hampir masuk ke bulan November, mereka hanya berdiam. Sekurang-kurangnya sesuatu perlu dimaklumka­n kepada rakyat.

“Rumah pangsa KMC telah dibina untuk membantu golongan miskin di bandar, yang merupakan satu konsep baharu pada masa itu,” katanya.

Beliau berkata rumah pangsa KMC Blok Sebuyau pernah dikunjungi Putera Philip, Duke of Edinburgh, suami kepada Queen Elizabeth II pada 27 Februari 1959.

Pada masa yang sama Wong menegaskan bahawa pembanguna­n tidak harus ditakrifka­n sebagai mengambil setiap sebidang tanah di kawasan bandar dan mengubahny­a menjadi bangunan komersil.

Katanya, beliau akan mempertaha­nkan hak bukan sahaja bagi penyewa semasa tetapi manfaat yang akan dinikmati oleh generasi akan datang.

“Pembanguna­n tidak boleh dilakukan dengan mengorbank­an hak rakyat untuk menikmati hak kebajikan. Terdapat banyak orang di luar sana yang memerlukan bantuan seperti ini,” jelasnya.

Beliau mengakui bahawa beberapa penyewa mungkin telah mengambil kesempatan daripada bantuan kebajikan tersebut, tetapi ia masih menjadi ketetapan pihak majlis tempatan untuk mengambil tindakan.

Turut bersama beliau adalah Pembantu Khas Ahli Parlimen Bandar Kuching Chong Chieng Jen, Kelvin Yii. SIBU: Penaung acara tahunan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sacred Hearts Speech Day Tan Sri Clement Hii adalah contoh terbaik bekas pelajar sekolah yang memberi sumbangan kepada pembanguna­n sekolah itu.

Pengetua SMK Sacred Heart David Teo Wu berkata Hii telah menyumbang lebih RM256,800 dalam bentuk wang tunai dan lima unit komputer riba kepada pelajar-pelajar yang layak.

“Hii memberi sumbangan bermakna dengan insentif tunai kepada pelajar dan guru berjumlah RM256,800 tidak termasuk 45 unit komputer riba dan dua kereta Myvi dalam tempoh 13 tahun ini.

“Beliau adalah contoh terbaik sebagai bekas pelajar SMK Sacred Heart atas kemurahan hati memberi sumbangan untuk pembanguna­n sekolah,” katanya dalam ucapan aluan SMK Sacred Heart’s Speech Day 2016 di sini kelmarin.

Teo berkata SMK Sacred Heart kini memasuki tahun keempat sebagai sekolah satu sesi sejak 2013 dengan 54 kelas dalam satu sesi iaitu 18 kelas tingkatan enam, 16 kelas tingkatan empat dan lima, 18 kelas tingkatan satu hingga tiga dan dua kelas peralihan.

Katanya SMK Sacred Heart turut mencatat pencapaian cemerlang sebagai antara 100 sekolah tingkatan enam di negeri ini dalam Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM) 2015 dengan gred purata 3.17 dan buat pertama kali sekolah itu mencapai keputusan 100 peratus lulus.

“Keputusan STPM meningkat secara berterusan dalam tempoh tiga tahun lalu. Sekolah ini mencatat peningkata­n yang mendadak dengan bilangan pelajar cemerlang 16 orang memperoleh­i keputu- san 4A penuh dan 56 calon mendapat 2A dan ke atas,” jelasnya.

Sementara itu, Teo berkata prestasi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015 juga mencatat keputusan cemerlang dengan bilangan pelajar mencapai keputusan cemerlang menunjukka­n peningkata­n memberangs­angkan.

“Pada keseluruha­nnya, prestasi SPM pada tahun lalu membolehka­n sekolah dianugerah­kan salah satu daripada 10 sekolah terbaik di Sarawak,” katanya.

Menyentuh mengenai penglibata­n kokurikulu­m, Teo berkata pelajar SMK Sacred Heart telah mengharumk­an nama sekolah di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabang­sa.

Hadir sama tetamu kehormat Clifford Hii, Ahli Lembaga Pengurusan Sacred Heart School (SHS) Father Paul Chee mewakili Pengerusi Rt Rev Bishop Joseph Hii, Naib Pengerusi Lau Swee Nguong, Setiausaha Dr Gregory Hii, Naib Setiausaha Yong King Sung, Kaunselor Robert Lau, Johnny Wong Sie Lee, Residen Sibu merangkap Presiden Persatuan Bekas Pelajar Sacred Heart (SHOSA) Hii Chang Kee dan Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Sacred Heart Nicholas Sebastian.

 ??  ?? RASMI: Hii (empat kanan) merasmikan Dewan Kuliah Hii Heng Chiong. Turut kelihatan ialah Teo (kanan), Father Paul (tiga kiri), Clifford (dua kiri) serta yang lain.
RASMI: Hii (empat kanan) merasmikan Dewan Kuliah Hii Heng Chiong. Turut kelihatan ialah Teo (kanan), Father Paul (tiga kiri), Clifford (dua kiri) serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia