Utusan Borneo (Sarawak)

SMK Nangka terlibat sepenuhnya program transforma­si tahun depan

-

SIBU: Mulai tahun depan, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampung Nangka terlibat sepenuhnya dalam program transforma­si sekolah setelah menjalani tempoh latihan sepanjang tahun ini, kata Timbalan Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Kampung Nangka Sharifah Faridah Wan Hamid.

Beliau difahamkan mengenai perkara itu mengucapka­n tahniah dan syabas kepada warga pendidik dan kakitangan SMK Kampung Nangka serta ibu bapa kerana sentiasa memberi sokongan tidak berbelah bahagi.

“Ini bermakna sekolah ini dikenal pasti oleh Kementeria­n Pendidikan Malaysia sebagai sebuah sekolah sangat berpotensi untuk dibangunka­n daripada semua sudut.

“Ini melibatkan sudut akademik, sahsiah, kokurikulu­m dan prasarana,” katanya pada Majlis Hari Graduasi dan Penyampaia­n Sijil/ Hadiah 2016 di sekolah tersebut di sini kelmarin.

Seramai 133 pelajar tingkatan enam atas dan tingkatan lima sekolah itu diraikan dan menerima sijil masing-masing pada majlis tersebut.

Majlis kali ke-36 itu diadakan bagi mengiktira­f pelajar- pelajar cemerlang menamatkan persekolah­an di SMK Nangka.

Sehubungan itu, beliau menyeru semua warga sekolah termasuk ibu bapa merebut peluang berkenaan bersama-sama menggemble­ng tenaga dan usaha memajukan sekolah seiring dengan hasrat kementeria­n.

“Yakinlah dengan kerjasama semua pihak, kita pasti akan memperoleh­i kejayaan yang sangat manis pada suatu hari nanti,” katanya bersemanga­t.

Beliau turut mengucapka­n tahniah kepada semua penerima sijil dan hadiah dan berharap pelajar terbabit menjadikan anugerah itu sebagai penyuntik semangat terus berusaha mencapai cita-cita dan impian masingmasi­ng.

“Kepada para graduan tingkatan enam dan lima serta penerima sijil dan hadiah, hargai dan hayatilah detik-detik indah penuh bermakna pada majlis ini.

“Bayangkan betapa bangga dan bahagianya ibu bapa jika anda benar- benar berjaya menerima segulung ijazah suatu hari nanti,” jelasnya.

Terdahulu, dalam ucapannya Pengetua SMK Kampung Nangka Hasmah Pauzie berkata majlis itu merupakan agenda tahunan sekolah bagi menghargai pelajar-pelajar cemerlang dalam bidang akademik, sahsiah mahupun kokurikulu­m.

Jelas beliau, matlamatny­a memberi penghargaa­n kepada pelajar cemerlang serta berpotensi dalam bidangbida­ng dicuburi masingmasi­ng.

Turut hadir Penolong Kanan Kokurikulu­m SMK Kampung Nangka Ibrahim Busran, penyelaras program Zainab Ismail dan pegawai perhubunga­n program Affendie Senawi serta ibu bapa.

 ??  ?? TAHNIAH: Faridah (dua kanan) menyampaik­an Anugerah Khas Individu (Graduan Contoh) kepada Mohamad Azmeer Hissam disaksikan Hasmah (kanan) dan Affendie (dua kiri) kelmarin.
TAHNIAH: Faridah (dua kanan) menyampaik­an Anugerah Khas Individu (Graduan Contoh) kepada Mohamad Azmeer Hissam disaksikan Hasmah (kanan) dan Affendie (dua kiri) kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia