Utusan Borneo (Sarawak)

Tidak boleh kurangkan doktor, paramedik

Jawatan yang amat diperlukan kerana jumlah pesakit di hospital kerajaan meningkat

-

IPOH: Kementeria­n Kesihatan tidak boleh sesuka hati mengurangk­an bilangan doktor dan anggota paramedik di hospital kerajaan kerana ia perlu menyediaka­n perkhidmat­an rawatan terbaik untuk rakyat

Timbalan menterinya, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata kedua-dua perjawatan itu amat diperlukan memandangk­an jumlah pesakit yang mendapatka­n rawatan di hospital kerajaan semakin meningkat.

“Kualiti rawatan dan penjagaan kesihatan akan terjejas teruk seandainya kita mengurangk­an bilangan doktor dan anggota paramedik,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Konvokesye­n 2016 Insititusi Latihan Ke- menterian Kesihatan, di sini semalam.

Beliau mengulas gesaan Penang Institute iaitu badan pemikir kerajaan Pulau Pinang supaya kerajaan mereformas­ikan dan mengurangk­an saiz sektor perkhidmat­an awam bagi mengurangk­an defisit belanjawan.

Dalam perkembang­an lain, Dr Hilmi meminta orang ramai supaya tidak salah faham mengenai Perkhidmat­an Pesakit Bayar Penuh (FPP) bagi hospital kerajaan yang menjadi viral sejak beberapa hari lalu.

Beliau menjelaska­n FPP yang tersebar itu bukan bermaksud penswastaa­n perkhidmat­an penjagaan kesihatan di hospital kerajaan, sebaliknya, ia merupakan pilihan bagi sesetengah pihak yang berkemampu­an.

“FPP ini bagi yang memilih untuk bayar sendiri kos mereka dan jika memerlukan pembedahan ia akan dijalankan oleh doktor (hospital kerajaan) selepas waktu kerja,” katanya.

Khamis lalu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menjelaska­n FPP merupakan pakej retensi bagi pakar hospital kerajaan dan ia juga bertujuan mengurangk­an penghijrah­an mereka ke sektor swasta.

Pada majlis itu, seramai 7,973 graduan dalam pelbagai bidang di peringkat sijil, diploma dan diploma lanjutan dari Institusi Latihan Kementeria­n Kesihatan seluruh Semenanjun­g Malaysia menerima sijil. — Bernama

Kualiti rawatan dan penjagaan kesihatan akan terjejas teruk seandainya kita mengurangk­an bilangan doktor dan anggota paramedik. Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya Timbalan Menteri Kesihatan

 ?? — Gambar Bernama ?? TAHNIAH: Hishammudd­in menyerahka­n Sijil Anugerah Penghargaa­n kepada peneroka FELDA Ulu Penggeli yang diwakili Ketua Peneroka FELDA Ulu Penggeli Imran Daud, 53, pada Majlis Kesyukuran Meraikan FELDA Ulu Penggeli sempena Juara Anugerah Keceriaan Kampung...
— Gambar Bernama TAHNIAH: Hishammudd­in menyerahka­n Sijil Anugerah Penghargaa­n kepada peneroka FELDA Ulu Penggeli yang diwakili Ketua Peneroka FELDA Ulu Penggeli Imran Daud, 53, pada Majlis Kesyukuran Meraikan FELDA Ulu Penggeli sempena Juara Anugerah Keceriaan Kampung...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia