Utusan Borneo (Sarawak)

Graduan OKU terima anugerah emas Naib Canselor USM

-

GEORGE TOWN: Kesukaran bergerak akibat lumpuh separuh badan tidak menghalang gadis orang kelainan upaya (OKU) menamatkan pengajiann­ya hingga berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kejurutera­an Eletronik (Kepujian) Universiti Sains Malaysia (USM).

Norhamizah Idros, 23, juga dinamakan penerima hadiah Pingat Emas USM untuk Pelajar Kelainan Upaya dan Anugerah Pingat Emas Naib Canselor.

Gadis berkerusi roda itu adalah antara 5,941 graduan yang akan menerima ijazah masing-masing pada upacara Konvokesye­n Ke-54 USM bermula hari ini hingga 27 Okt ini.

Berkongsi kejayaanny­a pada sidang media khas sempena majlis konvokesye­n USM, Norhamizah berkata berkat kegigihan dan sikap tidak pernah menyerah kalah, beliau berjaya menamatkan pengajian dalam tempoh yang ditetapkan.

“Biarpun kita tidak sempurna tapi jangan jadikan ia sebagai penghalang.

Sekiranya kita berniat ikhlas, insya-Allah ada jalannya dan Tuhan akan membantu kita,” katanya.

Norhamizah yang bercita-cita menjadi pensyarah berkata antara cabaran sukar yang dilalui sepanjang menuntut di USM ialah kerusi rodanya rosak selain tidak boleh menggunaka­nnya semasa hujan.

“Pengalaman sukar adalah sewaktu kerusi roda saya rosak dan kehabisan bateri namun, saya bersyukur kerana rakan-rakan sekuliah sangat membantu ketika saya kesusahan dan memerlukan,” kata anak kelahiran Perak itu yang akan menyambung pengajiann­ya di peringkat sarjana dalam bidang Kejurutera­an Sistem Mikroelekt­ronik di USM.

Bercerita mengenai keadaan dirinya, Norhamizah berkata beliau lumpuh separuh badan sejak lahir lagi dan terpaksa didukung oleh anggota keluargany­a ke sekolah dari darjah satu hingga enam sebelum mula menggunaka­n kerusi roda pada usia 13 tahun.

Walaupun dirinya tidak sama seperti rakan sebaya lain di alam persekolah­an, ia tidak menghalang Norhamizah untuk mencapai keputusan 5A dalam peperiksaa­n Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Sementara itu, Lim Yen Ruen, 22, dari Alor Setar, Kedah yang bakal memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kejurutera­an Eletronik (Kepujian) turut menerima Pingat Emas Canselor sebagai pelajar tahun akhir terbaik dalam segala lapangan.

Lim kini bekerja di Intel dan pada masa sama mengikuti pengajian Sarjana Mikroelekt­ronik di USM.

Mohd Hijan Mohd Razali,22, graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Matematik (Kepujian) pula menerima Anugerah Pelajaran Diraja Majlis Raja- raja manakala Anugerah Penuntut Terbaik Bukan Bumiputera dimiliki graduan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) S. Benedict Weerasena, 24. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? CERIA: Empat pelajar cemerlang Universiti Sains Malaysia (dari kiri) Lim, Norhamizah, S. Benedict dan Mohd Hijan akan menerima Anugerah Pelajaran Diraja oleh Majlis Raja-Raja Malaysia beramah mesra antara satu sama lain pada sidang media upacara...
— Gambar Bernama CERIA: Empat pelajar cemerlang Universiti Sains Malaysia (dari kiri) Lim, Norhamizah, S. Benedict dan Mohd Hijan akan menerima Anugerah Pelajaran Diraja oleh Majlis Raja-Raja Malaysia beramah mesra antara satu sama lain pada sidang media upacara...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia