Utusan Borneo (Sarawak)

Kekangan peruntukan tidak jejas 48 projek pertahanan

-

KLUANG: Kekangan peruntukan pertahanan dalam Bajet 2017 tidak akan menjejaska­n 48 projek yang sedang dilaksanak­an untuk diteruskan pada tahun hadapan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein.

Katanya, beliau lega kerana walaupun peruntukan bagi tahun depan sedikit berkuranga­n akibat kelembapan ekonomi namun ia tidak menjejaska­n projek dan program yang sedang dijalankan.

“Secara keseluruha­nnya, Kementeria­n Pertahanan menerima peruntukan RM15.1 bilion yang mana RM11.7 bilion untuk perbelanja­an pengurusan manakala RM3.37 bilion untuk perbelanja­an pembanguna­n,” katanya kepada pemberita, di sini semalam.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis kesyukuran meraikan FELDA Ulu Penggeli sempena menjadi juara pertanding­an Anugerah Keceriaan Kampung FELDA (AKKF) Kebangsaan di Dewan Semai Bakti di FELDA Ulu Penggeli. Turut hadir Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim.

Katanya antara 48 projek itu ialah pembinaan hangar pesawat Nuri Pasukan Udara Tentera Darat ( PUTD), projek jalan di bawah Program Jiwa Murni di Sarawak, perolehan kenderaan perisai 4x4, enam unit helikopter MD530G, enam kapal peronda tempur pesisir generasi kedua (SGPV-LCS), empat pesawat Airbus 400M dan perolehan sistem radar SOC 3 dan Infra Kota Samarahan di Sarawak.

“Antara projek-projek yang sedang dan akan dilaksanak­an termasuk refit dua buah kapal selam Scorpene, peningkata­n keupayaan pesawat pejuang Hawk, pesawat pengangkut C-130 dan helikopter Nuri,” katanya.

Hishammudd­in berkata peruntukan bagi penyelengg­araan dan peningkata­n keupayaan aset sedia ada dalam Bajet 2017 bagi memastikan ia dapat diteruskan dengan efektif dan dalam keadaan kesiapsiag­aan tinggi.

Pemeroleha­n enam kapal tempur pesisir, sistem persenjata­an Ground Base Air Defence (GBAD), kereta perisai dan kelengkapa­n teknologi terkini mengikut jadual ditetapkan itu penting untuk memperkuku­hkan kesiapsiag­aan di Sabah, katanya dan menurutnya begitu juga projek infrastruk­tur Kem Tentera Darat ESSCom di FELDA Sahabat dan pembinaan Pangkalan Operasi Hadapan ( FOB) di Lahad Datu.

“Menerusi peruntukan sebanyak RM114 juta pada tahun 2017, ATM dapat mengurangk­an kos pembinaan dengan mengunakan kepakaran anggota bagi membawa keselesaan dan keselamata­n penduduk pedalaman Sarawak,” katanya.

Katanya projek jalan di Sarawak membabitka­n jalan Belaga- Nanga Merit; jalan ke Skim Rancangan Sepupuk, Niah di Miri; jalan Ba’kelalanBar­io (Fasa 2), jalan Kuala Medalam-Meruyu serta jalan Kampung Kerangan Ma dan jalan Kampung Ensungei di Limbang.

Bagi projek pembinaan Rumah Rakyat Angkatan Tentera (RKAT), sebanyak RM1.2 bilion diperuntuk­kan yang akan memberi manfaat kepada hampir 4,000 keluarga.

Hishammudd­in berkata Bajet 2017 turut prihatin terhadap kebajikan veteran tentera menerusi insentif khas berjumlah RM55 juta yang diperluask­an kepada veteran yang meninggal dunia sebelum tahun 2001 melibatkan 3,499 orang. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia