Utusan Borneo (Sarawak)

Majlis agama, imam dan masyarakat perlu main peranan lebih proaktif

-

GURUN: Majlis Agama Islam Negeri (MAIN), imam dan masyarakat setempat harus memainkan peranan proaktif bagi mengelakka­n berlakunya salah faham yang boleh membawa kepada berlakunya tragedi tidak diingini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, di peringkat pentadbira­n sudah wujud mekanisme bagi mengesahka­n status perkahwina­n seseorang individu muslim iaitu menerusi borang pengakuan bujang yang perlu diisi sebelum pernikahan berlangsun­g.

Beliau berkata berkaitan perkahwina­n, masalah yang timbul apabila sudah jatuh cinta ialah ada yang yang tidak nampak atau tidak peduli status bakal pasangan.

“Lebih menyedihka­n apabila seorang daripada pasangan bersikap tidak jujur dalam memaklumka­n status dirinya, sama ada demi menjaga kepentinga­n diri atau mahu menggunaka­n pendekatan ‘minta maaf’ selepas berkahwin, ia tetap perkara yang salah.

“Pada saya, Majlis Agama Islam Negeri, imam kariah dan masyarakat setempat harus memainkan peranan yang lebih proaktif dalam meninjau dan meneliti perkara berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Pembanguna­n Surau Al Barakah di Kampung Batu 8, Jeniang di sini, semalam.

Jamil Khir memberikan reaksi demikian sewaktu diminta mengulas mengenai kes semakan status perkahwina­n pasangan yang bakal berkahwin di Terengganu, sehingga berakhir dengan tragedi pembunuhan.

Hadir sama pada majlis yang diadakan bersempena Konvoi Kembara Zakat Kedah 2016 itu, Ketua Pengarah Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (Jawhar), Datuk Anan C Mohd.

Jamil Khir berkata borang pengakuan bujang boleh mengelakka­n timbulnya soal penganiaya­an, khususnya bagi wanita yang terlibat den- gan poligami, bahkan penipuan status perkahwina­n di dalam borang pengakuan bujang boleh menjadi satu kesalahan yang serius.

“Seluruh proses harus dilihat secara serius oleh pihak berwajib dan masyarakat umum juga harus memainkan peranan untuk memaklumka­n atau memberi nasihat kepada pasangan yang bakal berkahwin.

“Sistem sudah ada, malah berdasarka­n SOP (Prosedur Operasi Standard), status bujang perlu mendapatka­n pengesahan daripada imam kariah, namun bila bermula dengan penipuan, timbul rasa marah hingga tergamak melakukan pembunuhan,” katanya.

Sementara itu, Jamil Khir berkata pembinaan surau di Kampung Batu 8 akan memberi manfaat kepada hampir 100 keluarga memandangk­an ketika ini mereka perlu keluar kira-kira satu kilometer ke masjid di Kampung Batu 9, yang terletak di jalan besar untuk menunaikan ibadah secara berjemaah. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia