Utusan Borneo (Sarawak)

Bajet 2017 penuhi keperluan rakyat dan kebertangg­ungjawaban kerajaan

-

SEREMBAN: Bajet 2017 mampu memberi impak besar ke arah membina negara bangsa yang mengutamak­an kesejahter­aan dan perpaduan rakyat keseluruha­nnya, kata Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Damai Sejahtera Malaysia (YDSM) Amran Zakaria.

Beliau berkata pelbagai peringkat masyarakat, golongan dan kumpulan akan menerima manfaat daripada pembentang­an bajet kali ini.

“Penjawat awam, masyarakat luar bandar termasuk nelayan, petani, penoreh, penjaja dan pemandu teksi akan menerima hak yang sepatutnya diterima den- gan rasa syukur dan penuh penghargaa­n.

“Masyarakat secara keseluruha­nnya benar- benar merasai suasana hidup lebih sejahtera dan berkeyakin­an tinggi kepada kerajaan apabila aspek keselamata­n dan keamanan diberi tumpuan bermatlama­t untuk menjamin hak rakyat seperti mana termaktub dalam perlembaga­an,” katanya dalam kenyataan menerusi WhatsApp di sini, semalam.

Bajet 2017 bertemakan ‘Menjamin Perpaduan dan Pertumbuha­n Ekonomi, Menghemah Perbelanja­an Inklusif, Mensejahte­ra Kehidupan Rakyat Seluruh’ dibentangk­an Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat, Jumaat lepas.

Amran berkata bajet kali ini selari dengan tuntutan agama yang menekankan aspek kesejahter­aan hidup, kesederhan­aan, kebajikan dan kecaknaan serta memelihara nikmat perpaduan dengan mengutamak­an aspek keamanan dan keselamata­n negara.

“Bajet ini berupa sumbangan daripada sebuah kerajaan yang bertanggun­gjawab, mengimbang­i kebajikan, berstrateg­i dan berpandang­an jauh melalui sasaran Transforma­si Nasional 2050,” katanya. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia