Utusan Borneo (Sarawak)

KBS akan bincang dengan MoF perluas skop pelepasan cukai gaya hidup

-

REMBAU: Kementeria­n Belia dan Sukan akan berbincang dengan Kementeria­n Kewangan (MoF) untuk memperluas lagi skop pelepasan cukai gaya hidup seperti yang diumumkan dalam Bajet 2017.

Menterinya Khairy Jamaluddin berkata antara inisiatif di bawah pelepasan cukai gaya hidup tersebut ialah keahlian gimnasium.

“Ada belia yang minta agar pelepasan cukai gaya hidup ini tidak dihadkan kepada keahlian gimnasium sahaja, tetapi juga diperluask­an kepada keahlian kelab sukan lain seperti kelab futsal dan sebagainya.

“Perkara ini akan saya bangkitkan dengan MoF dan saya akan berbincang mengenainy­a dalam masa terdekat kerana saya masih menunggu butiran berkenaan pelepasan cukai gaya hidup ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaik­an hadiah kepada peserta ‘Rembau Challenge 2016’ dan ‘Fun Run Rembau Challenge’ di Dataran Rembau semalam.

Turut hadir Undang Luak Rembau, Datuk Lela Maharaja Muhamad Sharip Othman dan Pengerusi Jawatankua­sa Bertindak Modal Insan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Zaifulbahr­i Idris.

Dalam Bajet 2017 yang dibentangk­an Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan, Jumaat lepas, kerajaan mengumumka­n pelepasan cukai pendapatan sehingga RM2,500 bagi pembelian bahan bacaan, komputer, peralatan sukan, surat khabar bercetak, telefon pintar dan tablet, langganan internet dan bayaran keahlian gimnasium.

Khairy berkata pelepasan cukai gaya hidup ini merupakan antara langkahlan­gkah untuk mengurangk­an beban golongan belia yang ketika ini berdepan dengan kos sara hidup yang tinggi tetapi gaji permulaan yang rendah. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia