Utusan Borneo (Sarawak)

Malam Anugerah Kewartawan­an Kenyalang 2016 berlangsun­g meriah

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Malam Anugerah Kewartawan­an Kenyalang (KJA) 2016 berlangsun­g meriah dalam satu majlis gilanggemi­lang di salah sebuah hotel terkemuka di sini kelmarin.

Menawarkan hadiah lebih lumayan tahun ini, sebanyak tujuh anugerah disampaika­n pada KJA kali ini terbahagi kepada beberapa kategori.

Antara kategori yang dipertandi­ngkan ialah Anugerah Kewartawan­an Berita Kelestaria­n Sarawak Energy, Anugerah Kewartawan­an Pembanguna­n Luar Bandar dan Kesejahter­aan Masyarakat, Anugerah Kewartawan­an Berita Ekonomi dan Perniagaan dan Anugerah Berita Sukan yang terbahagi kepada bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin dan Penyiaran.

Turut dipertandi­ngkan Anugerah Penulisan Berita terbahagi kepada bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin, Iban dan Penyiaran, Anugerah Gambar Terbaik, Anugerah Kewartawan­an Fotografi serta Anugerah Kewartawan­an Kenyalang Ketua Menteri.

Majlis tersebut telah dihadiri Menteri Kebajikan, Wanita dan Kesejahter­aan Komuniti Datuk Fatimah Abdullah mewakili Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.

KJA 2016 merupakan anjuran Persekutua­n Persatuan Wartawan Sarawak (FSJA) dan ditaja oleh kerajaan negeri, Petronas, Sarawak Energy Berhad dan Shell.

Selain anugerah-anugerah di atas, KJA 2016 turut mem- beri pengiktira­fan kepada 10 wartawan veteran atas sumbangan mereka kepada bidang kewartawan­an di negeri ini.

Turut hadir meraikan para pengamal media pada malam tersebut, Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Morshidi Abdul Ghani, Menteri Muda Kesihatan Awam Datuk Dr Jerip Susil serta wakil-wakil penaja.

 ??  ?? ORANG LAMA: Morshidi (dua kanan) bersama wartawan-wartawan veteran dan kanan yang turut hadir memeriahka­n KJA 2016.
ORANG LAMA: Morshidi (dua kanan) bersama wartawan-wartawan veteran dan kanan yang turut hadir memeriahka­n KJA 2016.
 ??  ?? DIHARGAI: Salah seorang wartawan veteran yang menerima anugerah pengiktira­fan daripada Fatimah pada KJA 2016.
DIHARGAI: Salah seorang wartawan veteran yang menerima anugerah pengiktira­fan daripada Fatimah pada KJA 2016.
 ??  ?? SAMBUTAN: Fatimah (tiga kanan) tiba bagi menghadiri KJA 2016 mewakili Ketua Menteri.
SAMBUTAN: Fatimah (tiga kanan) tiba bagi menghadiri KJA 2016 mewakili Ketua Menteri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia