Utusan Borneo (Sarawak)

Syarikat didakwa kendalikan sistem pembetunga­n tanpa lesen

-

KOTA BHARU: Sebuah syarikat semalam didakwa di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan mengendali­kan sistem pembetunga­n persendiri­an tanpa Lesen Kelas (Pekhidmata­n) di sebuah resort di Tok Bali, Pasir Puteh.

Syarikat itu yang diwakili Pengurus Besarnya Hizam Shari Omar mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Yusoff Yunus.

Syarikat Hotel Sentral Management Sdn Bhd didakwa melakukan kesalahan itu di satu alamat di Pantai Bisikan Bayu, Semerak, Pasir Puteh pada 24 Okt 2012.

Ia didakwa mengikut Seksyen 20 (1)(b) Akta Industri Perkhidmat­an Air 2006 yang membawa hukuman denda maksimum RM200,000 atau penjara tidak lebih dua bulan atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. — Bernama BESUT: Polis menahan empat lelaki dan merampas 1,679 pil kuda dan 15 peket syabu bernilai RM26,700 dalam serbuan berasingan di daerah ini pada Rabu dan kelmarin.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Mohd Zamri Mohd Rowi berkata dalam serbuan pada jam 8.30 pagi di sebuah premis di Kampung Alor Lintang Rabu lalu, dua lelaki masing- masing berumur 22 tahun ditahan dan 1,379 biji pil kuda ditemukan disorok di bawah tikar dalam bilik.

Kedua- dua suspek didapati mempunyai empat rekod lampau berkaitan kes dadah di Kampung Raja, Besut dan Marang, katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Dalam satu lagi serbuan pada jam 7 malam kelmarin di Kampung Awek, Pasir Akar, katanya dua lelaki berumur 26 dan 41 tahun ditahan dan 300 biji pil kuda serta 15 paket syabu dijumpai dalam poket seluar mereka.

Mohd Zamri berkata polis turut merampas dua kereta dan sebuah motosikal dalam serbuan berkenaan.

Kesemua suspek kini direman selama tujuh hari bermula dari tarikh mereka ditahan untuk siasatan, katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? GIAT DIBANTERAS: Mohd Zamri (tengah) menunjukka­n sejumlah 1,679 pil kuda dan 15 peket syabu bernilai RM26,000 yang dirampas dari empat pengedar ekoran dua serbuan berasingan ketika mengadakan sidang media di Ibu Pejabat Daerah Besut di Besut, semalam.
— Gambar Bernama GIAT DIBANTERAS: Mohd Zamri (tengah) menunjukka­n sejumlah 1,679 pil kuda dan 15 peket syabu bernilai RM26,000 yang dirampas dari empat pengedar ekoran dua serbuan berasingan ketika mengadakan sidang media di Ibu Pejabat Daerah Besut di Besut, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia