Utusan Borneo (Sarawak)

Tempoh reman dua jurutera, dua pembantu jurutera dilanjutka­n

-

KOTA KINABALU: Tempoh tahanan reman dua jurutera dan dua pembantu jurutera sebuah jabatan kerajaan di Sabah dilanjutka­n lima hari lagi bagi membantu siasatan kes salah guna kuasa dan rasuah melibatkan projek infrastruk­tur bernilai RM3.3 bilion.

Sumber rapat pasukan siasatan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) berkata perintah reman bagi keempatemp­at individu terbabit masing- masing dikeluarka­n di Mahkamah Majistret Tawau dan Lahad Datu.

“Sambungan reman terhadap keempat- empat suspek akan tamat pada 27 Okt depan,” kata sumber itu di sini, semalam.

Dua jurutera bahagian yang masing- masing bertugas di Tawau dan Lahad Datu serta dua pembantu jurutera yang bertugas di Tawau adalah antara 19 pegawai kanan yang ditahan SPRM pada Rabu lepas.

Sebelum ini, empat individu terbabit ditahan reman empat hari berakhir semalam.

Menurut sumber itu, setakat ini, SPRM merampas wang tunai berjumlah RM7.2 juta daripada suspek- suspek yang ditahan dalam Ops Water Fasa II.

“SPRM masih dalam proses merakam percakapan semua suspek yang ditahan untuk mengumpul lebih banyak maklumat melibatkan kes itu,” kata sumber itu.

Timbalan Ketua Pesuruhjay­a ( Operasi) SPRM Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahka­n perkara tersebut.

Pada 4 Okt lepas, SPRM menahan empat individu termasuk pengarah dan timbalan pengarah sebuah jabatan kerajaan bagi membantu siasatan berhubung penyelewen­gan dana projek infrastruk­tur berkenaan.

Bagaimanap­un, keempatemp­at mereka dibebaskan dengan masing- masing dikenakan ikat jamin antara RM50,000 dan RM500,000 dengan dua penjamin. — Bernama

Kami cari dia kerana dia adalah saksi utama, dialah orang pertama yang lihat apa berlaku, siapa yang baling ular ke dalam kolam dan latihan yang budak kecil (murid) jalani. Tan Sri Khalid Abu Bakar Ketua Polis Negara

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sebaliknya berkata individu berkenaan sebelum ini dicari kerana dia merupakan saksi utama kejadian dan diperlukan untuk membantu siasatan.

“Kita telah kenal pasti individu berkenaan dan mereka telah memberi kerjasama yang sangat baik kepada polis.

“Kami cari dia kerana dia adalah saksi utama, dialah orang pertama yang lihat apa berlaku, siapa yang baling ular ke dalam kolam dan latihan yang budak kecil (murid) jalani,” katanya kepada pemberita selepas majlis meraikan veteran dan bekas polis Orang Asli bersempena Ulang Tahun 69 Komando ke-47, di sini semalam.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai supaya tidak terus mempertika­ikan terutama menerusi media sosial tujuan polis mencari individu berkenaan sebelum ini.

Khalid berkata setakat ini polis telah merakam sebanyak 21 percakapan bagi membantu siasatan mengenai insiden tersebut.

“Jika ada kesalahan kita akan jalankan siasatan dan serahkan kepada pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut,” katanya.

Awal minggu ini, rakaman video berdurasi lebih dua minit menjadi viral di media sosial dan mendapat kritikan netizen apabila beberapa murid di dalam kolam berselut menangis dan menjerit setelah jurulatih APM mencampakk­an ular ke dalamnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia